| Amanat Menteri 2010 | | Cetak | |
|
INTIPATI UCAPAN 1) TAHUN 2010 · Banyak kejayaan telah berjaya dicapai oleh Kementerian sepanjang tahun 2009. Tahun 2010 disambut dengan azam tahun baru yang lebih bermakna oleh warga KPDNKK untuk bekerja dengan lebih baik dan cemerlang. · 2010 menjanjikan tugas yang lebih mencabar dan tanggungjawab yang lebih fokus dan luas. Warga KPDNKK perlu sentiasa bersedia memberi yang terbaik kepada masyarakat. Setiap pegawai dan kakitangan perlu menjadi “front line” kepada kementerian dalam menerangkan sebarang isu yang diputuskan oleh pihak Kementerian kepada masyarakat. Semua pegawai dan kakitangan perlu menerapkan sikap “sense of belonging” dan mempertahankan dasar yang telah diputuskan oleh Kementerian kerana setiap perkara yang diputuskan oleh Kerajaan telah di kaji dan diambilkira kesannya terlebih dahulu dan hanya untuk kepentingan rakyat semata-mata. 2) SUBSIDI GULA · Y.B Menteri mengulas isu kenaikan harga gula yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada 31 Disember 2009 dengan kadar kenaikan RM0.20 sekilogram yang menjadikan harga gula dari RM1.45 naik kepada RM 1.65 di Semenanjung Malaysia. · Kenaikan harga ini adalah salah satu kaedah bagi membantu rakyat Malaysia mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan seharian mereka secara berlebihan dan seterusnya ia dapat mengurangkan peratusan pengidap penyakit diabetis di kalangan rakyat Malaysia. Pengambilan gula yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. · Pengusaha industri makanan dan minuman di Malaysia telah bersetuju untuk tidak menaikkan harga produk berasakan gula walaupun terdapat kenaikan harga gula dipasaran. Persetujuan diperolehi melalui mesyuarat diantara pihak pengusaha industri dengan Kementerian pada 8 Januari 2010. · Pada 2009 sebanyak RM720 juta telah disubsidikan untuk gula dan Kerajaan terpaksa menanggung kos RM0.60 bagi setiap 1kilo gula supaya harga gula ini kekal RM1.20 sekilo untuk pengguna di pasaran. · Perjanjian jangka panjang hanya melibatkan 70% input gula, manakala 30% lagi berdasarkan harga pasaran. Ekoran kenaikan harga itu, kerajaan tetap menganggung kos RM0.80 bagi 1kilo gula dalam pasaran bagi peruntukan belanja subsidi sebanyak RM1.008 billion melebihi tanggungan kos tahun lepas bagi tahun 2010 bagi mengekalkan harga komoditi untuk rakyat. 3) SUBSIDI MINYAK · Y.B Menteri mengulas subsidi minyak yang ditanggung oleh Kerajaan pada masa ini turut dinikmati oleh golongan yang tidak berkelayakan termasuklah golongan berpendapatan tinggi dan rakyat Negara Luar. Subsidi petrol yang ditanggung oleh Kerajaan pada hari ini adalah RM0.30/liter. · Y.B Menteri mengumumkan bahawa pada 1 Mei 2010 nanti akan diwujudkan satu mekanisma baru yang mana subsidi minyak akan diberikan hanya kepada golongan yang berkelayakan sahaja. Makanisma baru tersebut akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan akan dipantau pelaksanaannya oleh KPDNKK. Mekanisma baru tersebut masih diperingkat perbincangan antara KPDNKK dan Kementerian Kewangan. Ini bagi mengawal pemberian subsidi pada golongan yang memerlukan sahaja. 4) GST ( Goods and service tax) · Y.B Menteri mengumumkan pelaksanaan GST akan dilakukan sepenuhnya pada tahun 2011 dan meminta warga KPDNKK memberi penerangan kepada rakyat berhubung dengan pelaksanaan ini pada tahun 2010 supaya tiada kejutan pada rakyat apabila pelaksanaan dibuat nanti. · Undang-undang pelaksanaan GST akan dibentangkan kali ke 2 di Parlimen untuk dibahaskan pada tahun 2010 ini. · Y.B Menteri memaklumkan bahawa makanisma baru bagi mengawal subsidi minyak dan pelaksanaan GST akan diterangkan kepada warga Kementerian kelak. 5) MENJALANKAN TUGAS DENGAN PANTAS/SPEED · Dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, amalan menjalankan tugas dengan pantas atau ”speed” perlu diterapkan terutama sekali dalam proses pembuatan keputusan. Y.B. Menteri juga menyeru warga KPDNKK untuk mengubah budaya kerja lama supaya lebih cekap. · Y.B Menteri mengharap agar semua warga KPDNKK mengambil peringatan berikutan amanat Timbalan Perdana Menteri agar kakitangan Kementerian mengamalkan sikap pantas/speed dalam melaksanakan tugas serta membuat keputusan. Ini kerana Kementerian ini merupakan salah satu Kementerian yang berhubung terus dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. · Y.B Menteri menyeru kepada warga Kementerian untuk menanam azam pada 2010 untuk sentiasa ’alert’, ’speed’ dan amanah dalam melaksanakan tugas harian. 6) KAJIAN SEMULA PERUNDANGAN LAMA DAN PENGENALAN PERUNDANGAN BARU. · Y.B Menteri memaklumkan bahawa Kementerian akan meminda beberapa Akta dan perundangan yang telah dikuatkuasakan supaya selari dengan kehendak dan peredaran semasa bagi memastikan kepentingan pengguna dilindungi, meningkatkan pematuhan undang-undang dan juga mengurangkan kadar aduan. · Y.B Menteri mengumukan enam Akta yang akan dipinda termasuklah Pindaan Akta Sewa Beli 1967, Pindaan Akta Jualan Langsung 1993, Pindaan Akta Hakcipta 1987, Pindaan Akta Pelindungan Pengguna 1999, Pindaan Akta Kawalan Harga 1946 dan Pindaan Akta Maktab Kerjasama Malaysia 1968. · Satu akta baru akan diperkenalkan iaitu Akta Persaingan. 7) KEMPEN PENGURANGAN GULA · Y.B Menteri memaklumkan bahawa Kabinet telah meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta kepada Kementerian untuk meneruskan bantuan kewangan bagi Kempen Pengurangan Gula. · Y.B Menteri menyarankan agar promosi-promosi harus diperhebatkan lagi bagi meyedarkan masyarakat tentang bahaya amalan pengambilan gula secara berlebihan. 8) FOKUS KEPADA PERDAGANGAN PENGEDARAN · Y.B Menteri menegasakan pada tahun 2010 ini fokus utama Kementerian ialah memberikan tumpuan ke arah memacu pertumbuhan perdagangan dalam negeri. · Pelan Induk Perdagangan Pengedaran telah dirangka dan merangkumi strategi-strategi yang akan menggalakkan sektor pembangunan perdagangan pengedaran untuk diterjemah di dalam RMKE-10 bagi memenuhi hasrat Kerajaan untuk menggerakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. 9) PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN · Y.B Menteri memaklumkan Kabinet telah meluluskan dana sejumlah RM22 juta kepada Kementerian untuk meneruskan Program Beli Barangan Malaysia (BMC) bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi Negara. 10) MEMPERKASA PENGUATKUASAAN · Y.B Menteri memberi amanat pada Penguatkuasa Kementerian untuk sentiasa memantau dan memastikan keadaan barang dipasaran adalah baik dan terkawal dari segi harga dan kepentingan pengguna. · Y.B Menteri juga menyarankan agar Penguatkuasa Kementerian mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan. 11) MEMPERKASAKAN PENGGUNA · Y.B Menteri mengingatkan fokus utama Kementerian dalam halatuju Kepenggunaan adalah untuk terus memupuk masyarakat berhubung isu-isu konsumerisma melalui peningkatan dan kematangan pengguna. Oleh itu, penubuhan Kelab Pengguna Sekolah dan Kelab Pengguna Universiti akan dijadikan platform dalam memberikan pendidikan dan kesedaran kepada pengguna terhadap isu-isu kepenggunaan. · Y.B Menteri memaklumkan bahawa Kelab Pengguna Daerah juga akan diwujudkan bagi memperluaskan pengetahuan kepenggunaan kepada masyarakat. 12) MENINGKATKAN JUMLAH USAHAWAN FRANCAISI · Y.B Menteri menyarankan agar program-program bagi menarik lebih ramai francaisi dilaksanakan oleh Kementerian sepertimana Program Pembangunan Francaisi yang pernah dilaksanakan dan berjaya menarik ramai usahawan francaisi di Negara kita. · Peningkatan jumlah usahawan francaisi akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara. 13) PENGEDARAN BARANG PERLU DI SABAH DAN SERAWAK DAN COMMUNITY DRUMMING · Y.B Menteri memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM104 juta untuk Kementerian ini bagi meneruskan program tersebut. · Y.B Menteri menyatakan peruntukan RM13 juta adalah untuk pengedaran barang dan RM91 juta untuk projek Community Drumming dan Penyeragaman harga LPG. · Bagi merapatkan jurang perbezaan harga barang antara kawasan bandar dan pedalaman, projek pengedaran ini akan diteruskan kepada kawasan-kawasan yang belum menerima khidmat ini. 14) PERANAN KOPERASI YANG LEBIH AKTIF DALAM SEKTOR PERDAGANGAN PENGEDARAN · Y.B Menteri memaklumkan bahawa sektor koperasi akan menyumbang dalam peningkatan ekonomi negara. Sehubungan itu, sektor koperasi ini akan turut terlibat di dalam sektor-sektor peruncitan dan sektor ini akan diperluaskan ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. · Y.B Menteri menegaskan agar program-program utama seperti Pembangunan Perniagaan dan juga Program Pengembangan Pembudayaan menerusi bantuan-bantuan dan pakej kewangan dan juga promosi serta ekspo-ekspo akan diteruskan. |







PENERBITAN