Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Home
Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Perak 21 Feb
IPOH, 5 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Perak pada 21 Feb ini di lokasi yang akan diumumkan kemudian, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata kerajaan negeri ketika ini sedang mengenalpasti lokasi yang paling sesuai dengan bilangan komuniti Cina yang ramai untuk penganjuran majlis sambutan berkenaan. "Sultan Perak telahpun berkenan untuk berangkat mencemar diri bersama-sama dengan rakyat untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina itu. Pada waktu ini dijangkakan majlis itu pada 21 Feb ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian ang pau dan hadiah kepada warga emas dan miskin sekitar Lembah Kinta di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah di sini pada Jumaat. Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengerusi MCA Perak, Datuk Seri Kong Cho Ha. Sementara itu, Kong berkata MCA Perak akan mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina pada 14 Feb ini. Beliau berkata majlis berkenaan bertempat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yuk Choy di sini dan bermula pada pukul 9.30 pagi. -- BERNAMA
 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.525 seconds to load.