Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Home
Kejayaan Kempen Kurangkan Guna Gula Dinilai 4 Bulan Lagi
MIRI, 7 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menilai keberkesanan kempen "Kurangkan Pengambilan Gula" yang sedang berjalan sekarang dalam tempoh empat bulan lagi. Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kempen yang mula dilaksanakan sejak awal Disember lepas masih belum lagi menampakkan kesan yang ketara. "Selepas enam bulan kempen, kita akan jalankan survey (tinjauan) dari segi kejayaan kempen ini. Setakat ini masih baru lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan kempen itu bagi peringkat negeri Sarawak di sini pada Ahad. Menurutnya kementeriannya serius untuk memastikan kejayaan kempen berkenaan yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan beberapa badan bukan kerajaan. Katanya ini ditambah lagi dengan kebimbangan ekoran kedudukan Malaysia sebagai negara pengguna gula yang kelapan tertinggi di dunia selain menjadi negara yang mempunyai jumlah pengidap diabetes yang keempat tertinggi di Asia. Ismail Sabri berkata kerajaan belum lagi bercadang untuk menghentikan pemberian subsidi ke atas gula biarpun beberapa buah persatuan pengguna sudah mendesak perkara itu. Katanya rakyat secara keseluruhannya memerlukan masa untuk berubah dan menerima hakikat subsidi untuk gula dihentikan. Menurutnya sejumlah RM1.008 bilion diperuntukkan sebagai subsidi gula tahun ini berbanding RM720 juta tahun lepas. Beliau juga berharap industri makanan dan minuman mengambil inisiatif mengurangkan kandungan gula dalam produk mereka yang seterusnya dapat menurunkan lagi harga barangan keluaran mereka. Katanya industri ini juga perlu memastikan maklumat berkenaan dengan kandungan gula dalam produk mereka adalah lengkap dan mudah difahami oleh pengguna. -- BERNAMA
 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.520 seconds to load.