Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Home
Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Feb 2010 | Cetak |

 

INTIPATI UCAPAN

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

SEMPENA

PERHIMPUNAN MESRA BULANAN FEBRUARI 2010

 

11 FEBRUARI 2010  


Berikut adalah intipati perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Kementerian pada 11 Februari 2010 (Khamis)  untuk perhatian serta tindakan susulan semua.

 

1.   Lebih kreatif dan inovatif

 

·          Ini merupakan tagline Y.A.B.  Perdana Menteri dalam ucapan beliau.

·          Sepertimana disarankan oleh beliau, kakitangan Kerajaan harus lebih kreatif dan inovatif semasa melaksanakan program-program dan aktiviti Kerajaan.

·          Sebarang keputusan atau dasar harus dibuat dengan cepat dan tepat serta dilaksanakan dengan serta-merta.

·          Y.B. Menteri menegaskan bahawa attitude dan mindset ini diperlukan dalam melaksanakan empat tonggak agenda Kerajaan.

·          Empat tonggak tersebut adalah:

(i)            Konsep 1Malaysia (Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan)

(ii)          Program Tansformasi Kerajaan

(iii)         Model Ekonomi Baru yang akan dibentangkan oleh Kerajaan dalam masa terdekat ini.

(iv)        Rancangan Malaysia Ke-10

 

2.      Sikap keterbukaan kepada perubahan

 

·          Y.B Menteri meminta agar warga Kementerian berani dan bersikap terbuka dalam menerima perubahan.

·          Sikap ini adalah perlu bagi mengelakkan ketinggalan dari arus perdana.

·          Selain itu, sikap keterbukaan dalam perkembangan bidang IT hendaklah dipupuk dalam warga Kementerian di samping cuba mengusai kemahiran dalam bidang tersebut.

 

3.      Mengaplikasikan mindset dari ‘NO’ kepada ‘MAYBE’ dan ‘YES’

 

·          Warga Kementerian hendaklah menukar mindset  dari ‘NO’ kepada sekurang-kurangnya ‘MAYBE’ dan akhirnya kepada mindsetYES’ ketika menerima dan menjalankan tugasan.

·          Warga Kementerian haruslah berusaha keras dan sanggup memikul lebih banyak cabaran.

·          Kesanggupan mengejar deadline hendaklah diutamakan. Walaubagaimanapun halangan hendaklah dimaklumkan agar penyelesaian kepada tugasan dapat diperoleh dan tugasan dapat disempurnakan.

 

4.         Projek/ Program RMKe-10

 

·          Tahun 2010 ini merupakan tahun terakhir bagi RMKe-9, justeru seharusnya tahun ini diisi dengan kejayaan pelaksanaan projek/program yang telah dirancang sejak tahun 2005.

·          Pada masa yang sama, perancangan projek/program untuk RMKe-10 juga sudah dimulakan.

·          Bagi menjayakan projek/program tersebut, kerjasama dan sokongan dari semua warga Kementerian adalah diperlukan.

 

5.                  KPI Kementerian dan NKRA

 

·          Mulai tahun 2010, pengukuran prestasi Kementerian akan diukur melalui kejayaan memenuhi KPI serta mencapai matlamat NKRA.

·          Y.B. Menteri memaklumkan bahawa KPI Kementerian masih belum boleh diumumkan pada waktu ini dan hanya akan diumumkan selepas Tahun Baru Cina.

·          Walaubagaimanapun, pelaksanaan program/projek yang dijalankan adalah selari dengan KPI Kementerian.

 

6.         Program Kementerian pada bulan ini :

 

      (a)       MyCoID

 

·          Majlis Pelancaran MyCoID oleh Y.A.B. Perdana Menteri akan diadakan  pada 11 Februari 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

·          MyCoID ialah satu sistem rujukan menggunakan satu nombor tunggal, di mana ia merupakan nombor pengenalan entiti perniagaan yang digunakan apabila berurusan dengan agensi Kerajaan.

·          Ia adalah nombor pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi syarikat, pemilik tunggal dan perkongsian.

 

(b)       ASEAN Experts Group on Competiton

 

·          Pada bulan ini juga, Kementerian kita terlibat dengan aktiviti di peringkat rantau iaitu penganjuran Program Latihan ASEAN Experts Group on Competition (AEGC) yang dijadualkan pada 22 hingga 23 Februari 2010 di Kuala Lumpur dan Program Dialog Polisi Persaingan Ke-2 AEGC pada 24 hingga 25 Februari 2010.

·          AEGC ditubuhkan dengan tujuan:

(i)            mengembangkan bina upaya negara-negara anggota ASEAN dalam bidang dasar persaingan; dan

(ii)          mengukuhkan lagi jaringan integrasi dan kerjasama serantau yang sedia ada didalam pelaksanaan dasar persaingan yang lebih efektif.

 

(c)    Follow-Up To The Advanced Course On Copyright and Related Rights In The Global Economy

 

·          Kementerian juga dijadualkan akan menganjurkan Follow-Up To The Advanced Course On Copyright and Related Rights In The Global Economy di Kuala Lumpur pada 22 hingga 26 Februari 2010 di Kuala Lumpur.

·          Kursus ini akan dijalankan dengan kerjasama MyIPO.

 

(d) Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina (SKHMP TBC) 2010

 

·          Y.B. Menteri memaklumkan bahawa 11 barang kawalan telah diumumkan bagi Tahun Baru Cina ini.

·          Pengarah Negeri adalah diminta untuk mengarahkan Pegawai Pemantau Harga (PPH) negeri masing-masing untuk membantu Penguatkuasa menjalankan kawalan harga di pasaran ketika Tahun Baru Cina ini.

     Tindakan : Pengarah Negeri

 

7.         Komunikasi bagi penyampaian maklumat-maklumat berkaitan dengan   Kementerian.

 

·          Melalui komunikasi dan  penyampaian maklumat berkaitan Kementerian kepada orang ramai, orang ramai akan  lebih memahami isu-isu yang timbul di Kementerian ketika menghadapi sesuatu situasi terutamanya berkaitan kekurangan bekalan dan kenaikan harga barang.

·          Orang ramai perlu dididik (educate) lebih awal berkenaan isu-isu dihadapi oleh Kementerian ini agar lebih memahami peranan KPDNKK dalam menangani isu-isu tersebut.

·          Bagi mencapai tujuan ini, UKK hendaklah meningkatkan usaha ke arah penyebaran maklumat ini dengan lebih berkesan.

Tindakan : UKK

 

8.         Penghargaan kepada Tuan Rungit Singh

 

·          Y.B. Menteri turut merakamkan penghargaan dan terima kasih  bagi pihak Kementerian kepada Tuan Rungit Singh, Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna yang akan bertukar ke Tribunal Kastam mulai 16 Februari 2010 di atas sumbangan dan usaha beliau membangunkan tribunal semasa dalam tempoh 5 tahun perkhidmatan di Kementerian ini.

·          Selain itu, ucapan Selamat Tahun Baru Cina juga turut diucapan kepada semua warga Kementerian yang berbangsa Tionghua.

 

URUSETIA PERHIMPUNAN BULANAN

BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN

11 FEBRUARI  2010

PUTRAJAYA

 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.522 seconds to load.