Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Home
Bil Tertunggak Hampir RM1,000, Tetapi Kena Bayar Hanya RM390
MIRI, 9 Mac (Bernama) -- Walaupun bil tertunggak bagi bayaran elektrik yang diterimanya pada Julai tahun lepas dikatakan bernilai RM984.61, tetapi seorang penjawat awam di sini sebaliknya diarahkan membayar hanya RM390 kepada Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (Sesco). Arahan itu dikeluarkan setelah Tribunal Tuntutan Pengguna yang mendengar kes tersebut mendapati tuntutan bayaran Sesco terhadap staf Jabatan Penerangan, Zamri Mohamad yang tinggal di kuarters kerajaan sejak Januari 2009 adalah tidak tepat. Presiden tribunal, Rahazlan Affandi Abdul Rahim berkata Zamri tinggal di kuarters tersebut hanya selama enam bulan dan sentiasa membayar bil elektriknya. Seorang pegawai Sesco, Sharifah Khadijah Wan Ali berkata RM984.61 itu dikenakan setelah mendapati meter elektrik di premis berkenaan telah diganggu. "Bayaran itu adalah RM150 bagi yuran menggantikan meter, RM400 yuran pentadbiran dan RM434.61 sebagai bayaran penggunaan elektrik yang dikira menerusi meter yang baru dipasang," katanya. Beliau berkata apabila Zamri datang membuat aduan mengenai jumlah bil tersebut, pihaknya bersetuju membatalkan yuran menggantikan meter dan pentadbiran, tetapi mengekalkan caj penggunaan elektrik. Zamri yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu membuat aduan kepada tribunal yang akhirnya menyelesaikan kes berkenaan. Bagi bayaran baru yang dipersetuji sebanyak RM390 itu, beliau perlu membayarnya secara ansuran selama 12 bulan mulai bulan depan. -- BERNAMA
 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.520 seconds to load.