Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Home
Sumbangan Sektor Perkhidmatan Kpd KDNK Lebih Tinggi, MIDA
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Sumbangan sektor perkhidmatan terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) mungkin lebih tinggi berbanding yang dilaporkan berikutan wujud hubungan dan angka yang "terputus" dalam pengumpulan data akhir. "Sumbangan sebenar KDNK sektor itu mungkin lebih tinggi jika semua transaksi masuk dalam pengumpulan utama," kata Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba. Beliau berkata beberapa usaha sama dan pengambilalihan ekuiti tidak termasuk dalam pengumpulan data utama kerana mereka "kekal" bersama agensi itu. Bagaimanapun, tidak seperti sektor pembuatan, industri perkhidmatan lebih kompleks dan meliputi pelbagai produk dan aktiviti yang tidak dapat dinyatakan dan sukar untuk disimpulkan dalam definisi yang mudah. Pengukuran perkhidmatan berbanding pengukuran barangan terus memberi cabaran untuk membangunkan petunjuk bermakna untuk dianalisis, katanya pada seminar nasional mengenai "Perangkaan Perdagangan Antarabangsa dalam Perkhidmatan" Rabu. Oleh itu masih ada banyak pengumpulan perangkaan sektor perkhidmatan untuk dikira, yang diharapkan oleh MIDA dapat meningkatkan asas yang progresif, jika tidakpun dalam jangka terdekat, katanya. Tahun lepas, sektor perkhidmatan dilaporkan menyumbang 57.4 peratus kepada KDNK, meningkat berbanding 54 peratus pada 2008. Sumbangan sektor itu tahun ini dijangkakan akan terus meningkat kepada 60 peratus, katanya. Berdasarkan pentingnya sektor perkhidmatan dari segi potensi sumbangannya kepada KDNK dan jangkaan untuk menyumbang dalam peratusan yang besar dalam perbelanjaan pengguna, perlu ada petunjuk atau ukuran yang relevan untuk pelbagai jenis industri perkhidmatan, kata Jalilah. Berbeza dengan U.K. Office of National Statistics yang mengambil masa lapan tahun untuk membangunkan indeks mereka, Malaysia dijangka melaksanakannya dalam tempoh dua tahun, katanya. "Pada akhir dua tahun, kami menjangkakan pengumpulan data sektor perkhidmatan negara akan mematuhi standard antarabangsa seperti WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia)," katanya. Seminar itu adalah siri pertama Bantuan Teknikal Sekretariat Komanwel bagi membantu Malaysia menyediakan kerangka kerja dalam meningkatkan kualiti pengumpulan perangkaan perkhidmatan yang akan membantu menutup jurang penting dalam pembangunan daya saing perkhidmatan dalam negara. Secara khusus, projek bersama Sekretariat Komanwel itu disasarkan untuk membangunkan indeks perkhidmatan perbandingan antarabangsa yang antara lain, akan meliputi Indeks Perkhidmatan, Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan dan Indeks Perkhidmatan dalam Perdagangan Antarabangsa. Seminar itu juga bertujuan membangunkan kapasiti yang dijangkakan menawarkan pemahaman asas mengenai konsep dan definisi paras penerimaan antarabangsa serta memastikan semua pemegang kepentingan mempunyai tahap pemahaman yang sama terhadap perangkaan perdagangan dalam perkhidmatan bagi menghasilkan interaksi yang bemakna dalam urusan berkaitan perangkaan perkhidmatan. Seminar akan diakhiri dengan merangka pelan tindakan bagi memastikan pelaksaaan bantuan teknikal bersama Sekretariat Komanwel, kata Jalilah. -- BERNAMA
 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.513 seconds to load.