Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Home arrow Bantuan
Bantuan | Cetak |
help_teknikal help_w3c
On-line Form - Bantuan Teknikal berkaitan Portal/Laman Web KPDNKK (www.kpdnkk.gov.my)
 W3C - Kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.


Panduan dan bantuan melayari Portal kpdnkk.gov.my

 get_internet_explorer Paparan terbaik mengunakan pelayar Internet Explorer 7.0 keatas
 get_firefox Paparan terbaik mengunakan pelayar Mozilla Firefox 2.0 keatas
get_adobe_reader Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk membaca borang-borang download
 get_flash_player Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player untuk memaparkan slide, gambar dan iklan multimedia
  Saiz paparan resolusi yang sesuai adalah 1024 X 768. klik sini untuk bantuan.

  Anda juga boleh melayari Peta Laman Portal KPDNKK.
  Anda juga boleh melayari Soalan-Soalan Lazim yang sering ditanya dalam portal KPDNKK
   Anda juga boleh terus Menghubungi KPDNKK melalui borang on-line, talian telefon, fax dan juga terus ke pejabat KPDNKK yang terdekat.



Senarai 3 Teratas Kategori yang Popular:

1. Bantuan bagi memuat turun borang-borang secara online

2. Bantuan mengenai peraturan dan prosedur permohonan Diesel Bersubsidi (Fleetcard)

3. Bantuan carian Syarikat Jualan Langsung



Senarai 10 Teratas Kandungan-kandungan yang popular

  • Senarai Syarikat Jualan Langsung Yang Sah
    Preview | Baca lagi...
  • Syarikat Yang Telah Dibatalkan Lesen Jualan Langsung
    Preview | Baca lagi...

    SENARAI SYARIKAT YANG TELAH DIBATALKAN LESEN PADA 2004

     

    BIL NAMA SYARIKAT PELAN
    1 AWANA ABADI SDN. BHD. MLM
    2 CINTAI HOLIDAYS SDN. BHD. MLM
    3 FRESHWAY ENERGY MARKETING SDN. BHD. MLM
    4 INVERICH SDN. BHD. MLM
    5 COMMUNICATIONS TECHNOLOGY INNOVATION SDN. BHD. MLM
    6 COSMO OPTION SDN. BHD. MLM
    7 FIRST FOREFRONT SDN. BHD. MLM
    8 FORTUNE CORPORATION SDN. BHD. MLM
    9 JAMIN EDAR (M) SDN. BHD. MLM
    10 KATZEKAWA SDN. BHD. MLM
    11 KUBTRUS SDN. BHD. MLM
    12 PESONA INTENSIVE SDN. BHD. MLM
    13 PRISMA NETWORK SDN. BHD. MLM
    14 PROMINENT ADVANTAGE SDN. BHD. MLM
    15 ROYALE MILLENIUM (M) SDN. BHD. MLM
    16 SCM FREE ENTERPRISE SDN. BHD. MLM
    17 STEADFAST SUCCESS SDN. BHD. MLM
    18 ZENITH ONE SDN. BHD. MLM

     

     

     

    SENARAI SYARIKAT YANG TELAH DIBATALKAN LESEN PADA 2005

     

    BIL NAMA SYARIKAT NO. LESEN TARIKH BATAL PELAN
    1 ALL SMART SDN. BHD. 931237 22.12.2005 MLM
    2 AMBANG ANEKA SDN. BHD. 93790 22.12.2005 MO
    3 AUTOAIR HEALTHCARE MANAGEMENT SDN. BHD. 93227 22.12.2005 MLM
    4 BONUS EDGE SDN. BHD. 931210 22.12.2005 SLM
    5 BYTE-CITIES NETWORK (M) SDN. BHD. 93261 22.12.2005 MLM
    6 CITISONIC SDN. BHD. 931360 22.12.2005 SLM
    7 DIMAZ INDUSTRIES SDN. BHD. 931172 22.12.2005 MLM
    8 DYMAX BIO BLUE (M) SDN. BHD. 931130 22.12.2005 MLM
    9 E2W UNITED SDN. BHD. 931062 22.12.2005 MLM
    10 ELIXIR INTERNATIONAL SDN. BHD. 93628 22.12.2005 MLM
    11 EMINENT TYCOON SDN. BHD. 931245 22.12.2005 MLM
    12 ESCAPE MARKETING SDN. BHD. 931444 22.12.2005 SLM
    13 GENDAX SDN. BHD. 931443 22.12.2005 MLM
    14 IDEALIFE HOME SPA (M) SDN. BHD. 931025 22.12.2005 SLM
    15 INSCARD SDN. BHD. 93036 22.12.2005 SLM
    16 IVORY-ED SDN. BHD. 931491 30.08.2005 SLM
    17 JEWEL & IMAGE MARKETING SDN. BHD. 93551 22.12.2005 MLM
    18 KNOWLEDGE HUB INCORPORATION SDN. BHD. 931467 22.12.2005 SLM
    19 NAICO ENTERPRISE SDN. BHD. 931425 22.12.2005 MLM
    20 PT BUMIMAHA SDN. BHD. 931344 22.12.2005 MLM
    21 PT MAHADUNIA SDN. BHD. 931332 22.12.2005 MLM
    22 PURE ACTION SDN. BHD. 931394 22.12.2005 SLM
    23 RADIANT LIFE SDN. BHD. 93316 22.12.2005 MLM
    24 RAS GLASSWARE MARKETING (M) SDN. BHD. 93619 22.12.2005 SLM
    25 SABIRA MARKETING SDN. BHD. 931148 22.12.2005 MLM
    26 SHAH ALAM MARKETING SDN. BHD. 931329 22.12.2005 MLM
    27 SONALI PRODUCT (M) SDN. BHD. 93714 22.12.2005 SLM
    28 SURE ADVANTAGE SDN. BHD. 931416 14.06.2005 SLM
    29 TOP-ED MARKETING SERVICE SDN. BHD. 93886 22.12.2005 SLM
    30 ULTI-SUN SDN. BHD. 931447 22.12.2005 MLM
    31 WIDURI MARKETING SDN. BHD. 931532 14.06.2005 SLM

     

     

    SENARAI SYARIKAT YANG TELAH DIBATALKAN LESEN PADA 2006

     

    BIL NAMA SYARIKAT NO. LESEN TARIKH BATAL PELAN
    1 BARA CEMERLANG SDN. BHD. 93053 17.03.2006 SLM
    2 BEYOND 2000 WORLDWIDE SDN. BHD. 931392 17.03.2006 SLM
    3 CARE-ME DIRECT SALES SDN. BHD. 93334 17.03.2006 MLM
    4 CONSTANT POINT SDN. BHD. 93100 17.03.2006 SLM
    5 GIOSAINT MARKETING SDN. BHD. 93849 17.03.2006 SLM
    6 HANIMA EMBROIDERY SDN. BHD. 931440 17.03.2006 SL&MO
    7 HAXONIC SUPPLY SDN. BHD. 931516 05.01.2006 SLM
    8 LANDMARKS HOTEL & REALITY SDN. BHD. 931342 17.03.2006 SLM
    9 O'CONNORS TRADING SDN. BHD. 93448 17.03.2006 MO
    10 PERFUMES INSPIRED SDN. BHD. 931423 17.03.2006 SLM
    11 SOFU BOSS ENTERPRISE (M) SDN. BHD. 931138 17.03.2006 MLM
    12 THE MINDS CREATIONS SDN. BHD. 931223 17.03.2006 MLM
    13 TROPICAL FOOD & BEVERAGES SDN. BHD. 931457 17.03.2006 MLM
    14 SCS GOLDEN SDN. BHD. 931506 12.04.2006 SLM
    15 SINURI MARKETING SDN. BHD. 931487 12.04.2006 SLM
    16 WIJAYA MARKETING SDN. BHD. 931523 12.04.2006 SLM
    17 WAWASAN ELEGAN SDN. BHD. 931472 12.04.2006 SLM

     

     

    SENARAI SYARIKAT YANG TELAH DIBATALKAN LESEN PADA 2007

     

    BIL NAMA SYARIKAT NO. LESEN TARIKH BATAL PELAN
    1 MEGA INTOP SDN. BHD. 931531 06.04.2007 SLM
    2 GLOTRON MARKETING SDN. BHD. 931580 06.04.2007 SLM
    3 TECHLIGENT SDN. BHD. 931542 06.04.2007 SLM
    4 FANCY-ED MARKETING SDN. BHD. 931590 06.04.2007 SLM
    5 DIMENSI JAYAMULIA SDN. BHD. 931496 06.04.2007 SLM
    6 WELLNIC SUPPLY SDN. BHD. 931576 06.04.2007 SLM
    7 JUTRONIC MARKETING SDN. BHD. 931463 06.04.2007 SLM
    8 EKNO AKTIF SDN. BHD. 931539 06.04.2007 MLM
    9 VIAMORE CORPORATION SDN. BHD. 93416 06.04.2007 MLM
    10 CUBIC CONCEPT SDN. BHD. 93935 06.04.2007 MLM
    11 VISI CARE WORLDWIDE SDN. BHD. 931433 06.04.2007 MLM
    12 PLURIS SDN. BHD. 931455 06.04.2007 MLM
    13 PENZONE MARKETING SDN. BHD. 931625 15.08.2007 MLM
    14 EZONO NETWORK SDN. BHD. 931649 15.08.2007 MLM

     

     

    SENARAI SYARIKAT YANG TELAH DIBATALKAN LESEN PADA 2008

     

    BIL NAMA SYARIKAT NO. LESEN TARIKH BATAL PELAN
    1 WORLDWIDE FRESHWAY SDN. BHD. 931502 24.01.2008 MLM
    2 SMART WAY SDN. BHD. 931704 22.02.2008 MLM
    3 IBIOENERGY.COM SDN. BHD. 931549 29.05.2008 MLM
    4 NABINCO NETWORK SDN. BHD. 931732 16.04.2008 SLM
    5 E-EAGLE SDN. BHD. 931555 30.04.2008 MLM
    6 CWW WORLDWIDE SDN. BHD. 931568 29.05.2008 MLM
    7 BYG WORLDWIDE BERHAD 93034 17.09.2008 MLM
    8 GMC UTAMA SDN. BHD. 931486 16.10.2008 MLM
    9 MYWISEWAY SDN. BHD. 931693 19.08.2008 MLM
    10 OMIZU SDN. BHD. 931507 27.11.2008 MLM

     

     

    SENARAI SYARIKAT YANG TELAH DIBATALKAN LESEN PADA 2009

     

    BIL NAMA SYARIKAT NO LESEN TARIKH BATAL PELAN
    1 IMUONE (M) SDN. BHD. 931699 30.01.2009 MLM
    2
    ANT HEALTH PRODUCTS SDN. BHD.
    931666
    07.04.2009
    MLM
    3
    STARR HEALTHCARE (M) SDN. BHD.
    931621
    10.05.2009
    SL/MO

     

     

     

     

     

    Powered by Core Design
  • Menteri
    Preview | Baca lagi...
     kkl_ismailsabri00128.jpg
    Y.B. DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

     

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan

    Pejabat Menteri
    Aras 13 (menara), No. 13,
    Persiaran Perdana, Presint 2,
    62623 Putrajaya.
     

     

    Email

    ismailsabri@kpdnkk.gov.my

     

    Tarikh Lahir
    18 Januari 1960  

     

    Tempat Lahir
    Temerloh, Pahang
     

     

    Nama Isteri

     

    Y.Bhg. Datin Sri Muhaini Bt Zainal Abidin 

     

    Pendidikan

     

    Sarjana Muda Undang-Undang LLB(Hons), Universiti Malaya, 1980 - 1984
    Diterima Sebagai Peguam ( Admitted to Bar), 1985
    Sek. Keb. Bangau, Temerloh, Pahang, 1967 - 1972
    Sek. Men. Air Putih, Kuantan, Pahang, 1973 - 1975
    Sek. Men. Teknik, Kuantan, Pahang, 1976 - 1977
    Jaya Akademik, Kuala Lumpur, 1978 - 1979

     

     

    Jawatan Dalam Badan Kerajaan

    Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), 01 Jan 2008 - 18 Mac 2008
    Pengerusi Astronautic Technology(M) Sdn. Bhd,
    April 2007 - 18 Mac 2008
    Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil (KSN),

    April 2003 - April 2006
    Setiausaha Politik Kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia, 1995 - 1999
    Ahli Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, 1996 - 2000
    Ahli Majlis Daerah Temerloh, Pahang, 1987 - 1996
    Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah (Pengarah Pengalakan Pelancongan Malaysia), 1993 - 1995
    Ahli Lembaga Pengarah Penggalakan Pelancongan Malaysia, 1995 - 2000
    Ahli Lembaga Pengarah (Lembaga Pahang Tenggara, DARA), 1995 - 2000


     Kegiatan Politik
    Ahli Parlimen Bera, 2004 - Sekarang
    Ketua UMNO bahagian Bera, 2004 - Sekarang
    Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, 2000 - 2003
    Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Pahang,
    2001 - 2003
    Pengerusi Biro Pembelaan & Pembangunan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, 2001 - 2003
    Pengerusi Biro Belia Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,
    2000-2003,
    Pengerusi Biro Belia Pemuda UMNO Negeri Pahang,

    2000 - 2003
    Ahli Majlis Perunding Belia Negara, 2000 - 2003
    Ketua UMNO Cawangan Jeram, Temerloh, Pahang, 1987 - 2004
    Pengerusi Biro Kebudayaan Belia & Sukan Pemuda UMNO Negeri Pahang, 1998 - 2000
    Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian Temerloh, Pahang, 1998 - 2001
    Timbalan Pengerusi Majlis Integrasi Nasional Pemuda UMNO Malaysia, 1998 - 1999
    Timbalan Pengerusi Majlis Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Malaysia, 1997 - 1999
    Naib Pengerusi Majlis Kemahasiswaan & Latihan Pemuda UMNO Malaysia, 1997 - 2000
    Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Pahang, 1995 - 1998
    AJK Biro Undang-Undang Pemuda UMNO Malaysia, 1993 - 1995
    Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, Pahang, 1993 - 2001
    Pengerusi Biro Usahawan Pemuda UMNO Negeri Pahang,
    1993 - 1998
    AJK Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, 1988 - 1997
    Ketua Penerangan UMNO Bahagian, 1988 - 1993
    Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh, 1987 - 1993


    Aktiviti Sosial & Kemasyarakatan

    Presiden Persatuan Gasing Malaysia, 2004 - Sekarang
    Yang Di-Pertua Persatuan Gasing Pangkah Negeri Pahang, 2003 - Sekarang
    Penaung Kepada Sukarelawan Bomba Felda Gugusan Tembangau, Bera, Pahang, 2001 - Sekarang
    Penasihat Kepada Persatuan Ibu Tunggal Bera, Pahang,

    2006 - Sekarang
    AJK Kewangan Persatuan Bolasepak Malaysia
    Penasihat Kepada Persatuan Peniaga & Penjaja Kecil Daerah Temerloh, Pahang
    Penasihat Kepada Persatuan Pemandu Teksi Temerloh & Bera, Pahang, 1995 - Sekarang
    AJK Belia 4B Kawasan Mentakab, Pahang, 1985 - 1987
    Penasihat Undang-Undang Kepada Persatuan Peniaga-Peniaga & Penjaja Kecil Malaysia
    Yang Di-Pertua Persatuan Olahraga Amatur Daerah Temerloh, Pahang, 1995 - 2004
    Penaung Kepada Persatuan Sepak Takraw Daerah Temerloh, Pahang, 2000 - 2004

    Powered by Core Design
  • Latar Belakang KPDNKK
    Preview | Baca lagi...
    Penubuhan Kementerian


    • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
    • Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
    • Peranan dan fungsi kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.

    Bidang Tugas dan Fungsi


    • Pengawalseliaan perdagangan dalam negeri melalui :-
      • Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu;
      • Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu.
    • Hal ehwal perlindungan pengguna
    • Urusan berkaitan harta intelek, meliputi hakcipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian
    • Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia
    • Penyelarasan dasar; peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas
    • Pelesenan urusniaga jualan langsung
    • Membanteras penyelewengan dalam perdagangan
    • Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat
    • Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah
    • Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan
    • Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek
    • Perancangan, penyelarasan dan pemantauan dasar dan pembangunan koperasi 
    • Pendaftaran, penyeliaan dan pembangunan industri francais

    Definisi Logo Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan

     
    logo.jpg
    GAMBAR  Berbentuk empat segi dengan dasar warna dalamnya adalah biru dan mempunyai 3 lambang iaitu : K, P(besar) dan P(kecil)
    EMPAT SEGI  Membawa simbol pembangunan
    WARNA BIRU  Melambangkan suasana perdagangan dalam negeri yang mengalakkan simbol harmoni
    WARNA PUTIH  Melambangkan Kementerian dan berwarna putih kerana mencerminkan Jabatan Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah
    HURUF 'P'  P besar melambangkan perdagangan
    HURUF 'P'  P kecil melambangkan pengguna
       Kedua-dua tersebut berwarna emas kerana melambangkan sesuatu nilai
       

     

                     

    Powered by Core Design
  • Pembangunan Industri Jualan Langsung
    Preview | Baca lagi...

     

    GARIS PANDUAN

    PERMOHONAN LESEN JUALAN LANGSUNG


    PENDAHULUAN

    Garis panduan ini bertujuan membantu syarikat-syarikat yang berminat untuk memohon lesen perniagaan jualan langsung mengikut keperluan  Akta Jualan Langsung 1993 dan Peraturan-peraturan Jualan Langsung 1993.
    Dokumen ini tidak boleh digunakan untuk sebarang pertikaian di Mahkamah.

    Garis panduan ini juga mengandungi kriteria-kriteria yang boleh dijadikan panduan semasa mengemukakan permohonan lesen perniagaan jualan langsung dan tatacara lain untuk pelbagai permohonan di sepanjang tempoh pelesenan.

    Adalah diharapkan Garis Panduan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemegang lesen jualan langsung selaras dengan tiga objektif penting Akta Jualan Langsung 1993 iaitu:

    •·         Melesenkan aktiviti jualan langsung demi untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna;

    •·         Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan aktiviti jualan langsung yang beretika;dan

    •·         Melarang segala kegiatan berbentuk piramid serta skim cepat kaya.


    PERINGATAN

    SEBELUM menceburi perniagaan jualan langsung, anda dinasihatkan supaya terlebih dahulu memahami secara jelas AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (AJL 1993).

    SEKSYEN 4(1) AJL 93


    "Tertakluk kepada seksyen 14 dan 42, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung melainkan jika ia suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah seksyen 6".

    SEKSYEN 2 AJL 93

    Bagi maksud garis panduan  ini :

    (a)       "Jualan Langsung" ertinya jualan pintu ke pintu dan pesanan pos mengikut pengertian akta ini

    (b)        "Jualan Pintu ke pintu" ertinya atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara berikut:

    Seseorang atau mana-mana yang diberikuasa olehnya:

    i)       pergi dari satu tempat ke satu tempat selain daripada satu tempat perniagaan yang tetap; atau

    ii)     membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan.

    Orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan mewujudkan kontrak itu

    •(c)   "Jualan Pesanan Pos" ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, samada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberikuasa olehnya, denga menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.

    JENIS PELAN PEMASARAN DI BAWAH PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG

    Terdapat tiga jenis pelan pemasaran di bawah perniagaan jualan langsung seperti berikut:

    BERBILANG TINGKAT (MULTI LEVEL MARKETING PLAN)

    i.          Syarikat akan mengambil/melantik individu sebagai ahli/pengedar untuk mengedar barangan syarikat;

    ii.         Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli/pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.

    iii.        Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen/ bonus / insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus).

     

    SATU TINGKAT (SINGLE LEVEL MARKETING PLAN)

    i.          Syarikat akan melantik wakil jualan/ejen jualan dan membayar gaji/komisen/gabungan gaji dan komisen alas jumlah jualan yang dibuat; dan

    ii.         Wakil jualan/ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik/menaja wakil jualan/ejen jualan lain.

     

     

    JUALAN MELALUI PESANAN POS (MAIL ORDER)

    Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos.

     

     

    TATACARA PERMOHONAN

    Permohonan hendaklah mematuhi syarat-syarat asas berikut:

     

     

    KELAYAKAN

    Pemohon hendaklah terdiri dari syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

     

     

    MODAL BERBAYAR                

       

    KATEGORI

    Bukan 100% Bumiputera

    100% Bumiputera

    Pemasaran Berbilang Tingkat

    RM1,500,000

    RM500,000

    Pemasaran Satu Tingkat

    RM   500,000

    RM100,000

    Jualan Pesanan Pos

    RM   500,000

    RM100,000

    Syarikat yang mempunyai        pemilikan asing

    RM5,000,000

    -

     

     

    PELAN PEMASARAN

    Pelan pemasaran yang dilaksanakan hendaklah mengikut ciri-ciri berikut :

    • Tidak menjalankan perniagaan yang melibatkan apa-apa skim atau perkiraan berbentuk piramid seperti yang  dinyatakan di bawah seksyen 7 AJL 1993.
    • Mematuhi Peraturan-Peraturan Jualan Langsung (Skim dan Perjalanan) 2001 yang mula berkuatkuasa pada 15 Ogos 2001 iaitu:

    a)         Penyampaian skim tidak boleh mengelirukan:

    i.          Dalam penyampaian sesuatu skim jualan langsung, seseorang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung tidak boleh mengelirukan peserta dengan memberi penekanan yang berlebihan terhadap bonus tinggi yang tidak seimbang .

    ii.          Tiap-tiap peserta hendaklah diberikan suatu kelengkapan jualan (sales kit) yang mengandungi rancangan pemasaran (pelan pemasaran) dan kod etika/tatasusila syarikat.

    b)        Pembayaran Insentif

    Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan suatu insentif berasaskan jumlah atau kuantiti barang atau perkhidmatan yang dijual atau diedarkan oleh tiap-tiap peserta yang diambil masuk ke dalam skim dan bukan daripada pengambilan orang ke dalam skim.

    c)        Peserta tidak boleh membeli barang atau perkhidmatan dalam harga/amaun  yang tidak munasabah

    Tiap-tiap peserta dikehendaki membeli barang atau perkhidmatan dalam suatu harga/amaun yang dijangka boleh dijual semula atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah.

    d)        Perjanjian

    i.          Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis atau penyata yang mengandungi terma dan syarat perjanjian itu.

    ii.         Perjanjian itu hendaklah memperuntukan perkara berikut:

    (a)        Peserta hendaklah diberikan tidak kurang daripada sepuluh hari kerja dari tarikh pengambilan untuk membatalkan keahliannya (Tempoh bertenang/cooling off period) ;

     

    (b)        Apabila terdapat pembatalan keahliannya di bawah perenggan (a), peserta itu hendaklah dibayar semua bayaran yang dikehendaki dalam perjanjian itu;

     

    (c)        Syarikat mesti mempunyai polisi beli balik. Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar; dan

     

    (d)        Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan peraturan ini adalah melanggar syarat-syarat lesen.

     

     

    KAEDAH PERMOHONAN

     

     

    PERMOHONAN LESEN BARU

    Hendaklah menggunakan Borang AJL-1 yang lengkap (bertaip) dalam satu salinan /naskah dan dimeterai syarikat.

    Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama adalah seperti berikut:

    • Memorandum Syarikat dan perkara-perkara Persatuan yang telah ditandatangani dan ditentusahkan melalui Akuan berkanun oleh seseorang pengarah;
    • Borang 24 dan 49 terkini (yang disahkan oleh SSM);
    • Salinan asal maklumat syarikat (SSM print out);
    • Latar belakang/profail semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat (resume dan salinan kad pengenalan/paspot) ;
    • Penerangan lengkap pelan pemasaran syarikat;
    • Polisi beli balik (bagi pelan MLM dan SLM sahaja);
    • Borang struktur harga produk/perkhidmatan (sila rujuk Format A);
    • Brosur/risalah/bahan bercetak/penerangan produk/perkhidmatan;
    • Sebut harga/Invois produk/perkhidmatan daripada pembekal;
    • Contoh kontrak jualan (bagi SLM dan MLM)
    • Contoh iklan pesanan pos (bagi jualan melalui pos sahaja);
    • Dokumen atau perjanjian bertulis daripada semua service provider bagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan (jika berkaitan).

    KRITERIA PERTIMBANGAN PRODUK/PERKHIDMATAN  

    Produk/perkhidmatan yang dibenarkan/digalakkan untuk dijual melalui sistem jualan langsung;

    a)         Produk perlu mempunyai kekuatan tersendiri yang menyukarkannya

    dipasar melalui sistem penjualan biasa ataupun produk yang memerlukan penerangan secara terperinci oleh jurujual;

    b)        Keutamaan akan diberi kepada barangan yang mendapat pengiktirafan dan kelulusan dari dalam dan luar negara dari segi kualiti dan keselamatan barangan seperti ISO 9000, MS (SIRIM), tanda halal dan sebagainya;

    c)        Produk dari kilang yang mendapat pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Practices)

    d)        Produk berikut tidak dibenarkan dipasar di bawah perniagaan jualan langsung:

    i)          Produk berbentuk insuran, kecuali syarikat mendapat status pengedar sah daripada PIAM/LIAM dan ianya tidak dibenarkan dipakej dengan produk-produk lain;

    ii)         Produk berbentuk hartanah dan apa jua produk tidak alih;

    iii)        Produk maya (virsual) seperti website.

     

     

    SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

    a)        Bagi produk makanan kesihatan/makanan tambahan/ubat tradisional perlu terlebih dahulu memenuhi syarat-syarat berikut:

    i)         Mengemukakan kelulusan pendaftaran keluaran dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan (PBKD);

    ii)        Jika produk disahkan sebagai "Tidak Perlu Pendaftaran" atau dikategorikan sebagai "Makanan", produk berkenaan perlu dirujuk dan mendapat surat pengkelasan daripada Bahagian Keselamatan dan Mutu Makanan (BKKM) dan mematuhi segala peraturan pelabelan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan; dan

    iii)       Mencatatkan nombor siri Kelulusan, Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan (KKLIU) pada brosur/iklan/bahan bercetak makanan kesihatan/ubat tradisional yang mempunyai tuntutan perubatan.

    b)        Bagi produk kosmetik perlu didaftar dan mematuhi  arahan di bawah Peraturan 29 Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 berkaitan Pelaksanaan Notifikasi Kosmetik dan peraturan ini dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan mulai   1Januari 2008.

    c)         Bagi barangan berasaskan petroleum mesti mempunyai lesen PDA (Petroleum Development Act 1974)

    d)        Bagi produk elektrik perlu mendapat kelulusan daripada Suruhajaya Tenaga dan bagi produk elektrik tertentu perlu mendapatkan kelulusan mengimport dan mengilang dari Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas;

    e)        Program perkhidmatan penjagaan kesihatan perlu didaftarkan dengan Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan.

    f)        Sesi penerangan pelan pemasaran hendaklah dihadiri oleh ahli lembaga pengarah atau pemegang ekuiti syarikat sahaja.

     

     

    JAWATANKUASA PENGAWALSELIAAN JUALAN LANGSUNG (JKPJL)

    JKPJL akan membuat pertimbangan dan mengesyorkan keputusan permohonan kepada Pengawal Jualan Langsung berdasarkan; 

    a)         Latar belakang/maklumat syarikat;

    b)         Pelan pemasaran syarikat;

    c)         Produk/perkhidmatan syarikat;

    d)         Aduan berkenaan syarikat;

     

     

    KUASA-KUASA DI BAWAH PELESENAN JUALAN LANGSUNG

    a)         Pengawal Jualan Langsung boleh;

    i)          Meluluskan permohonan lesen

    ii)         Menolak permohonan lesen

    iii)        Membatalkan lesen

    iv)        Membuat peraturan dan syarat tambahan lesen

    b)         Menteri;

    Menerima dan mempertimbangkan kes-kes rayuan pelesenan

       

    SYARAT-SYARAT UMUM PELESENAN 

    •1.       Pemegang lesen tidak boleh mengamalkan pelan pemasaran yang tidak diluluskan oleh Pengawal Jualan Langsung;

    •2.       Hanya memasarkan produk-produk yang diluluskan oleh Kementerian ini sahaja;

    •3.       Pemegang lesen mestilah mendapatkan kelulusan Pengawal Jualan Langsung sebelum meminda mana-mana bahagian dalam pelan pemasaran, senarai produk yang diluluskan atau senarai harga produk yang diluluskan;

    •4.       Syarikat tidak dibenarkan meminda mana-mana bahagian pelan pemasaran untuk tempoh selama dua (2) tahun selepas mendapat kelulusan lesen;

    •5.       Pemegang lesen mestilah memastikan ke semua pengedar/ ejen jualan syarikat tidak mengamalkan jualan secara paksaan/ desakan/ penipuan termasuk cabutan bertuah, perjanjian hadiah percuma, diskaun atau penajaan serta tidak mengeluarkan risalah-risalah selain dari yang dikeluarkan oleh syarikat;

    •6.       Mendapatkan kelulusan daripada Kementerian ini terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang kempen, promosi, atau apa jua bentuk iklan bagi tujuan memasarkan produk syarikat;

    •7.       Mendapatkan kelulusan daripada Kementerian ini mengenai sebarang cadangan untuk memasarkan produk baru, mengubah struktur harga produk dan lain-lain hal berkaitan produk sebelum ianya dipasarkan oleh pihak syarikat;

    •8.       Mengemukakan Penyata Kewangan yang diaudit dan Borang 24 dan 49 (disahkan oleh SSM) dan disertakan juga sesalinan asal SSM (SSM Print-Out) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada setiap tahun kepada Kementerian ini;

    •9.       Pemegang lesen perlu memberikan latihan kepada pengedar/ ahli. Latihan atau kursus kenaikan pangkat kepada pengedar/ahli tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran;

    •10.   Pemegang lesen mestilah mengadakan ruang pameran yang mempunyai keluasan yang bersesuaian kepada orang awam;

    •11.   Pemegang lesen mestilah meletakkan tanda harga untuk ke semua produk yang dipamerkan;

    •12.   Pemegang lesen mestilah mencatatkan nombor lesen rasmi jualan langsung di papan tanda, semua jenis iklan, bahan bercetak dan letterhead syarikat;

    •13.   Pemegang lesen yang menjalankan jualan melalui Pesanan Pos perlu memastikan iklan pesanan pos syarikat mematuhi peruntukan Akta Jualan Langsung 1993; 

    •14.    Pemegang lesen yang menjalankan pelan pemasaran Satu Tingkat diminta untuk mengemukakan senarai nama semua agen jualan dan alamat cawangan kepada Kementerian;

    •15.   Pemegang lesen mestilah memaklumkan dengan segera kepada KPDN& HEP jika/sekiranya berlaku penukaran alamat premis perniagaan dan struktur ekuiti syarikat (dalam tempoh 14 hari dari tarikh perubahan);

    •16.   Pemegang lesen mestilah pada setiap masa mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat/ penjelasan yang diminta oleh Pengawal Jualan Langsung dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan surat;

    •17.   Pemegang lesen dikehendaki mempamerkan Lesen Jualan Langsung yang asal pula di tempat yang sesuai di premis/ pejabat urusan syarikat dan salinan lesen asal pula di pamerkan di kesemua premis stokis syarikat untuk tujuan tatapan awam;

    •18.   Lesen Jualan Langsung ini tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran daripada KPDN & HEP;

    •19.   Pemegang lesen perlu dengan segera memulangkan lesen ini kepada Pengawal Jualan Langsung sekiranya lesen ini dibatalkan atau pemegang lesen tidak lagi menjalankan perniagaan jualan langsung;

    •20.   Syarikat Jualan Langsung hanya boleh membuat pembayaran bonus tidak kurang dari tempoh bertenang;

    •21.   Syarikat Jualan Langsung tidak dibenarkan menggunakan pelan pemasaran yang menggunakan produk pakej yang dijadikan sebagai pembelian wajib untuk syarat pembayaran bonus;

    •22.   Syarikat Jualan Langsung tidak dibenarkan mengadakan/membuat/ membenarkan sebarang unsur-unsur pembelian lot (pangkat)/re-entering di dalam pelan pemasaran syarikat;

    •23.   Syarikat dikehendaki mengemukakan Borang Maklumat dan Prestasi Syarikat setiap tahun (selewat-lewatnya 31 April);

    •24.   Pemegang lesen mestilah mematuhi semua syarat-syarat yang disebutkan di atas;

    BAYARAN

    a)        Bayaran untuk lesen adalah RM 500 setahun;

    b)        Bayaran perlu dibuat di dalam bentuk Bank Deraf atau Kiriman Wang dan atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

    c)        Bayaran boleh dilakukan melalui RHB Bank secara ONLINE (tarikh berkuatkuasa akan dimaklumkan kelak).

       

    Pengambilan lesen

    Pengambilan lesen perlu dilakukan sendiri oleh Pengarah Urusan atau Pengurusan Atasan Syarikat dan membuat perakuan penerimaan syarat-syarat lesen di pejabat Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

    PEMBAHARUAN LESEN JUALAN LANGSUNG.

    a)        Hendaklah menggunakan Borang AJL-1 yang lengkap (bertaip) dalam satu salinan /naskah dan dimeterai syarikat.

    b)        Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama adalah seperti berikut:

    i.    Salinan lesen asal terdahulu (Lesen asal hendaklah diserahkan selepas lesen baru dikeluarkan);

    ii.   Penyata kewangan yang telah diaudit untuk tahun sebelumnya;

    iii.  Borang 24 dan 49 terbaru (yang disahkan oleh SSM);

    iv.  Salinan asal maklumat syaikat (SSM print out); dan

    v.   Sales kit.

       

    PERMOHONAN PINDAAN PELAN PEMASARAN

    a)         Mengemukakan maklumat pindaan pelan pemasaran di dalam borang (seperti Format B);

    b)         Penerangan terperinci pelan pemasaran baru; dan

    c)         Persetujuan pindaan pelan pemasaran daripada leader/agen/distributor syarikat.

     

    PERMOHONAN MENGADAKAN KEMPEN/PROMOSI/INSENTIF

    a)        Maklumat lengkap mengenai kempen/promosi/insentif termasuk tatacara dan tempoh pelaksanaan;

    b)        Kempen/promosi/insentif tersebut tidak digunakan sebagai taktik/jalan untuk memaksa/menarik orang ramai menjadi ahli syarikat; dan

    c)        Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum kempen/promosi/insentif tersebut diadakan.

     

    PERMOHONAN TAMBAH PRODUK BARU

    a)         Mengemukakan Borang Struktur Harga Produk (rujuk Format A);

    b)         Brosur/bahan bercetak mengenai produk/perkhidmatan baru berkenaan; dan

    c)         Mengemukakan sebut harga/invoice produk/perkhidmatan daripada pembekal.

     

     

    PERMOHONAN UBAH HARGA PRODUK YANG SEDIA ADA

    a.         Mengemukakan Borang Struktur Harga Produk lama dan baru 

    (rujuk Format A);

    b.        Mengemukakan sebut harga/invoice produk/perkhidmatan daripada pembekal.

    Powered by Core Design
  • Panduan Senarai Harga Mingguan (Semua Negeri)
    Preview | Baca lagi...
  • Senarai Harga Barang Kawalan
    Preview | Baca lagi...
     

    SENARAI HARGA BARANG KAWALAN

     

    BIL. BARANGAN UNIT HARGA (RM)
    SEMENANJUNG MALAYSIA (Kuala Lumpur) SABAH (Kota Kinabalu) SARAWAK (Kuching)
       
    1.         GULA PUTIH BERTAPIS                
        Kasar 1 kg *1.90 *2.00 *2.00
        Halus 1 kg *2.00 *2.10 *2.10
           
        (Kawalan harga dikuatkuasa melalui Akta Kawalan Harga 1946 bermula 13 September 2006) *(Harga gula setelah  dinaikkan 25 sen pada 16 Julai  2010)
       
    2.         PETROL                
        RON 95 1 liter *1.85 *1.85 *1.85
                           
    3.         DIESEL 1 liter *1.75 *1.75 *1.75
                           
    4.         GAS PETROLEUM CECAIR (LPG) 1 kg *1.85 *1.85 *1.85
           
        (16 April 2008 - Harga LPG di Sabah dan Sarawak diseragamkan) *(Harga Petrol RON95, Diesel dan LPG setelah  dinaikkan 5 sen pada 16 Julai 2010)Mulai 16 Julai 2010, Harga Petrol RON97 telah diapungkan secara terkawal
                           
    5.         TEPUNG GANDUM (Kegunaan am) 1 kg 1.35 1.45 1.45
                           
    7.         MINYAK MASAK                
        Sawit tulen 500 g 1.85 2.05 2.05
        1 kg 3.30 3.65 3.65
        2 kg 6.25 6.85 6.85
        3 kg 9.00 9.90 9.90
        5 kg 13.35 14.70 14.70
                       
    Sawit     campuran 500 g 2.05 2.25 2.25
        1 kg 3.60 3.95 3.95
        2 kg 7.20 7.90 7.90
        3 kg 10.35 11.40 11.40
        5 kg 14.70 16.15 16.15
               
        Kampit Plastik 1 kg 2.50 2.75

    2.75

     

    NOTA:

    BESI KELULI      - Kawalan harga telah dimansuhkan pada 12 Mei 2008 AYAM                  - Kawalan harga telah dimansuhkan pada 1 Jun 2008SIMEN                 - Kawalan harga telah dimansuhkan pada 5 Jun 2008 SUSU PEKAT MANIS   - Kawalan harga telah dimansuhkan pada 1 April 2009ROTI PUTIH               - Kawalan harga telah dimansuhkan pada 1 Jan 2010   DISEDIAKAN OLEHUNIT HARGA DAN BEKALANBAHAGIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI

     

    Powered by Core Design
  • Hak-hak Pengguna
    Preview | Baca lagi...

    Hak-hak Pengguna


    Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

     

    Hak untuk mendapatkan keperluan asas
    Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

     

    Hak untuk mendapatkan keselamatan
    Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

     

    Hak untuk mendapatkan maklumat
    Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

     

    Hak untuk membuat pilihan
    Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

     

    Hak untuk bersuara
    Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

     

    Hak untuk mendapatkan ganti rugi
    Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
    Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

     

    Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
    Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

     

    Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
    Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

    Powered by Core Design
  • Ketua Setiausaha (KSU)
    Preview | Baca lagi...
        

    Y.Bhg. Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom

    Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
    Pejabat Ketua Setiausaha
    Aras 11 (menara), No. 13,
    Persiaran Perdana, Presint 2,
    62623 Putrajaya

     

    Email: mzmd@kpdnkk.gov.my / 03 - 8882 5553



    Profil
    • Jawatan : Ketua Setiausaha
    • Agensi : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
    • Skim : Pengurusan Dan Profesional
    • Gred : Turus III
    • Tarikh Memegang Jawatan Sekarang : 06 Feb 2007
    • Tarikh Lahir : 26 Disember 1953
    • Tempat Lahir : Tampin, Negeri Sembilan

    Pendidikan
    • (B.Sc.Hons) Ijazah Kelas Pertama dalam bidang Sosiologi daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Pengalaman Dalam Perkhidmatan
    • 09.10.1976 - Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri.
    • 01.01.1977 - Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian.
    • 11.12.1978 - Mengikuti Kursus Asas PTD di INTAN.
    • 10.10.1979 - Timbalan Perwakilan Tetap Malaysia Geneva.
    • 16.07.1989 - Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perdagangan Antarabangsa, MITI.
    • 01.11.1991 - Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dasar Dan Perancangan, MITI.
    • 15.06.1993 - Penasihat Hal Ehwal Ekonomi, Pejabat MITI, Brussels.
    • 01.04.1999 - Menteri Penasihat Hal Ehwal Ekonomi, Pejabat MITI, Geneva.
    • 23.08.2004 - Pengarah Kanan, Dasar Dan Rundingan Pelbagaihala, MITI.
    • 06.02.2007 - Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

    Anugerah Bintang

    • Panglima Jasa Negara (PJN) 
    • Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP)
    • Johan Setia Mahkota (JSM) 
    • Ahli Mangku Negara (AMN)

    Powered by Core Design
  • Kempen Beli barangan Malaysia
    Preview | Baca lagi...

    PENGENALAN

     

    Kempen Beli Barangan merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula kempen ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa dan dijual dengan harga yang berpatutan.

     

    Untuk tujuan Kempen ini, barangan Malaysia diklasifikasikan sebagai "semua barang yang dibuat, dipasang dan dikeluarkan di Malaysia serta perkhidmatan yang ditawarkan di dalam negara ini". Konsep ini digunapakai kerana:

     

    a)      Ekonomi sesebuah negara akan dapat terus dijana dan distabilkan walaupun dalam kegawatan jika terdapat aliran wang dan perbelanjaan domestik dalam

    sesebuah negara;

    b)      Mewujudkan pertambahan permintaan domestik;

    c)       Memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan; dan

    d)      Memastikan krisis ekonomi global tidak memberi kesan negatif yang mendalam kepada para peniaga dan pengguna.

     

    OBJEKTIF

    a)      Mewujudkan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia;

    b)      Menyedarkan para pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia yang tidak kurang kualiti berbanding barangan luar negara.

     

    RASIONAL

    a)      Kualiti barangan Malaysia adalah setanding dengan barangan luar negara;

    b)      Dengan membeli barangan buatan Malaysia, pengguna bertindak bijak kerana:

                                                 i.            Membeli barangan berkualiti dengan harga murah dan ini secara langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan; dan

                                               ii.            Membantu merangsang kegiatan ekonomi domestik.

     

    TAG LINE

    i.         Versi Bahasa Melayu : "Produk Malaysia, Kebanggaan Kita"

    ii.       Versi Bahasa Inggeris : "Malaysian Products, Our Pride" 

     

     

     

    KALENDAR TENTATIF EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 2010*

     

    BIL

    TEMPAT

    TARIKH EKSPO

    1.

    PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR

    16-20 JUN

    2.

    MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC)

      7 – 10 OKTOBER

    3.

    PENANG INTERNATIONAL SPORTS AREA (PISA)

      29 – 31 OKTOBER

    4.
     KUANTAN, PAHANG
     4 - 7 NOVEMBER

    5.

    PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU

      11 - 14 NOVEMBER

    6.

    SURIA SABAH, KOTA KINABALU

      25 – 28 NOVEMBER

    7.

    BINTANG MALL, MIRI, SARAWAK

      9 - 12 DISEMBER

     

     

    * TBC – To Be Confirmed

    * Semua tarikh dan lokasi tertakluk kepada pindaan

     

     

    EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 2010

     

    Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010_Exhibitor Manual.pdf  

     

     

     

    EKSPO MEGA BELI BARANGAN MALAYSIA EXHIBITOR  

     

     

     

    Logo-Pilihan-Bijak.jpg

     

     

     Muat Turun Logo Kempen Beli Barangan Malaysia (format AI - Adobe Illustrator)

     

     

     

    malaysianbrands.jpg
     The Online Directory of Malaysian Brands is one of MATRADE's initiatives to develop and promote Malaysian products and services globally.
     klip_video.jpg  Klip Video Sempena Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia
     ucapan_PM.jpg  Ucapan Perdana Menteri Malaysia
     clip_ekspo_mega.jpg  Klip Video Sempena Majlis Perasmian Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia
       
       
       
       

     

      

    Powered by Core Design









 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.512 seconds to load.