BAD bertanggungjawab bagi menjalankan pengauditan pengurusan kewangan dan pengauditan prestasi. Audit Pengurusan Kewangan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan. Pengauditan Prestasi pula adalah untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif yang ditetapkan. Bidang tugas BAD adalah untuk:
Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman Kementerian;
Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
Mengkaji aktiviti Kementerian diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
Mengkaji aset dan kepentingan Kementerian dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
Menjalankan fungsi audit dalam di Badan Berkanun Persekutuan di bawah kawal seliaan Kementerian berkenaan yang tiada Unit Audit Dalam selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998;
Melaporkan kepada Ketua Setiausaha hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha; dan
Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.