Bahagian Kepenggunaan (BK) adalah merupakan bahagian teras di Kementerian yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat dan melaksanakan aktiviti kesedaran kepenggunaan kepada setiap lapisan masyarakat. Tugas dan tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh enam unit berikut:
Unit Pembangunan Gerakan Kepenggunaan (Unit G);
Unit Sumber dan Maklumat Kepenggunaan (Unit M);
Unit Pendidikan dan Latihan (Unit L);
Unit Pembangunan Standard (Unit S);
Unit Penyelidikan (Unit P); dan
Unit Khidmat Pengurusan dan Aduan (Unit A)
OBJEKTIF BAHAGIAN KEPENGGUNAAN
• Meningkatkan kesedaran dan perlindungan pengguna melalui latihan dan pendidikan kepenggunaan dan penyediaan sumber maklumat yang berkaitan;
• Membangunkan gerakan kepenggunaan yang lebih objektif;
• Membangunkan standard keselamatan barangan melalui peruntukan perundangan yang jelas;
• Menguruskan aduan-aduan pengguna secara efisien; dan
• Mengkaji isu-isu kepenggunaan semasa bagi membantu pembentukan polisi kepenggunaan masa kini dan akan datang.
FUNGSI
Fungsi utama BK meliputi aspek-aspek seperti berikut:-
• Merancang dan melaksanakan program pendidikan pengguna seperti seminar, ceramah, bengkel dan pameran kepenggunaan;
• Merancang dan melaksanakan program kesedaran pengguna seperti Hari Pengguna Malaysia, Kuiz Pengguna Antara Sekolah Menengah, Kempen Pengguna Bijak, Kempen Bijak Berbelanja dan Kempen Kesedaran Pengguna;
• Membangunkan gerakan kepenggunaan dalam negeri melalui perkongsian pintar termasuk mengadakan program secara kerjasama dengan persatuan-persatuan pengguna (NGO), Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri (MHEPN) dan Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah (MHEPD);
• Mengurus dan menyelia program Pembantu Hal Ehwal Pengguna Bahagian Parlimen (PHEPBP);
• Membangunkan standard keselamatan barangan dan perkhidmatan melalui peruntukan peraturan dan perundangan terhadap produk pengguna yang ditetapkan;
• Merancang dan menguruskan kerja-kerja penyelidikan terutama yang berkaitan dengan kepentingan dan dan hal-hal berkaitan dengan kepenggunaan;
• Menerbitkan bahan-bahan pendidikan pengguna seperti buku, risalah, poster dan menyumbang input-input berkaitan isu-isu kepenggunaan untuk rancangan-rancangan televisyen dan radio;
• Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK) dan Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN);
• Mencadangkan undang-undang atau peraturan baru bagi meningkatkan perlindungan pengguna; dan
• Mengendalikan aduan-aduan pengguna dan memberi khidmat nasihat.