Memastikan pembangunan perdagangan dalam negeri dan program perlindungan pengguna adalah selaras dengan keperluan semasa dan dilaksanakan selari dengan dasar yang telah dirancang dan digubal.
FUNGSI
· Mengenalpasti dan memantau isu-isu semasa dalam negara dan antarabangsa yang memberi kesan kepada
perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan;
· Merancang strategi, halatuju dan cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh Kementerian melalui
pembentukan dasar-dasar baru bagi menggalakkan sektor perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan;
· Menyediakan laporan-laporan Kementerian iaitu Laporan Tahunan dan Laporan Perdagangan dan Pengguna;
· Mengkaji semula keberkesanan dan kesesuaian pelaksanaan 25 undang-undang sedia ada di Kementerian;
· Merangka Rang Undang-undang baru yang bersesuaian untuk pembangunan perdagangan dalam negeri dan
kepenggunaan;
· Mengawalselia Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
· Menyelaras serta mewakili Kementerian dalam mesyuarat-mesyuarat pertubuhan antarabangsa seperti WTO,
APEC dan ASEAN; dan
· Menyelaras pendirian Kementerian mengenai perkara-perkara berkaitan dasar Kementerian serta mengambil
bahagian dalam perundingan FTA dua hala, pelbagaihala dan serantau.