Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Bidang Tugas | Cetak |

Secara umumnya, Bahagian Pembangunan Perniagaan berfungsi untuk :

  • Merangka, merancang dan melaksanakan program-program bagi meningkat dan memantapkan penyertaan bumiputra dalam sektor perdagangan pengedaran;
  • Menyedia data-data dan profail industri berkaitan dalam perdagangan pengedaran;
  • Mewujudkan kerjasama dan jalinan perniagaan dengan sektor swasta dan agensi-agensi kerajaan;
  • Memastikan penglibatan dan penyertaan secara aktif usahawan dalam sektor perdagangan; dan
  • Membuat analisa dan penilaian ke atas keberkesanan program dan aktiviti yang telah dlaksanakan.

Fungsi Unit Pemasaran

  • Bekerjasama dengan hypermarket untuk menyenarai tetap barangan keluaran Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) di dalam hypermarket.
  • Menganjurkan promosi barangan PKS di dalam dan luar negara secara kerjasama dengan hypermarket/departmental stores/supermarket.
  • Memberikan maklumbalas keperluan PKS kepada agensi berkaitan seperti BNM/SME Corp/MITI.
  • Memantau impak hasil promosi yang dijalankan bagi mengetahui jumlah produk yang berjaya menembusi pasaran di hypermarket/departmental stores/supermarket.
  • Memberi khidmat nasihat kepada usahawan termasuk PKS untuk mencapai standard industri.
  • Mencari peluang-peluang pemasaran baru di sektor peruncitan selain daripada hypermarket/departmental stores/supermarket.

Fungsi Unit Latihan Perdagangan Pengedaran

  • Menganjurkan seminar pembangunan perniagaan kepada usahawan.
  • Mengadakan program kerjasama dengan pihak industri khususnya bidang peruncitan untuk menganjurkan latihan sambil bekerja dengan matlamat meningkatkan faktor employability di kalangan graduan menganggur selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 30 Mei 2007. Program khusus untuk tujuan ini telah diwujudkan dan dinamakan Program Latih dan Kerja
  • Memberi khidmat nasihat penubuhan syarikat, penjenamaan, pelabelan dan harta intelek kepada usahawan/bakal usahawan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lain-lain.
  • Bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk membangunkan kurikulum standard bagi bidang peruncitan di hypermarket.
  • Menganjurkan Seminar Etika Perniagaan untuk meningkatkan etika perniagaan selaras dengan Kod Etika Perniagaan Malaysia yang telah dilaksanakan pada November 2007.
  • Memproses permohonan logo Buatan Malaysia
  • Pengurusan kewangan Bahagian Pembangunan Perniagaan.


Fungsi Unit Pengiktirafan Perniagaan

  • Menganjurkan program pengiktirafan perniagaan seperti:-
    • Anugerah Kedai Harga Patut
    • Anugerah Kedai Pilihan Pengguna; dan
    • Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika.
  • Menjalinkan hubungan kerjasama erat dengan pelbagai agensi termasuk swasta seperti Kementerian Pelancongan, Persatuan Penjaja, Persatuan Kompleks Membeli-Belah, Persatuan Peruncitan Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Dan lain-lain di dalam menjayakan program pengiktirafan perniagaan berkenaan.
  • Mengukuhkan kerjasama di antara KPDNKK dengan pihak swasta bagi menerusi program-program pengiktirafan perniagaan yang dijalankan.

Fungsi Unit Peruncitan


Fungsi Unit Kualiti dan Pentadbiran

  • Menyelaras Pameran/Ekspo di peringkat bahagian atau Kementerian.
  • Menyelaras maklumbalas dan laporan Parlimen Bahagian Pembangunan Perniagaan.
  • Menyelaras Maklumbalas Jemaah Menteri bagi Bahagian Pembangunan Perniagaan
  • Menyelaras input Laporan Tahunan Bahagian Pembangunan Perniagaan.
  • Menyelaras aktiviti kualiti, keselamatan, disiplin dan kebajikan kakitangan bahagian.
 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.520 seconds to load.