Bahagian Penguatkuasa ditubuhkan pada 17 April 1972 di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) dengan objektif untuk membantu kerajaan membendung inflasi pada masa itu. Pada 27 Oktober 1990 Kementerian ini distrukturkan semula kepada dua Kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Bahagian Penguatkuasa telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.
MISI
Membanteras Penyelewengan Perdagangan Dalam Negeri
MOTO
Setia Berkhidmat
OBJEKTIF UMUM
Menguatkuasakan Undang-Undang Perdagangan Dalam Negeri Dan Melindungi Pengguna
OBJEKTIF OPERASI
1. Menguatkuasakan dan memberi perlindungan ke atas Hak Harta Intelek.
2. Menguatkuasakan dan membanteras penyelewengan barang-barang bersubsidi.
3. Menguatkuasakan undang-undang perdagangan bagi melindungi pengguna.
4. Menguatkuasakan dan mengawal selia bekalan dan harga barang.
MENGUATKUASAKAN SEMBILAN (9) UNDANG-UNDANG
1. Akta Kawalan Harga 1946;
2. Akta Kawalan Bekalan 1961;
3. Akta Sewa Beli 1967;
4. Akta Timbang dan Sukat 1972;
5. Akta Perihal Dagangan 1972;
6. Akta Hakcipta 1987;
7. Akta Jualan Langsung 1993;
8. Akta Pelindungan Pengguna 1999; dan
9. Akta Cakera Optik 2000
BIDANG TUGAS
1. Membanteras aktiviti cetak rompak di bawah Akta Hakcipta 1987;
2. Mengawal selia kegiatan pengilangan cakera optik di bawah Akta Cakera Optik 2000;
3. Menguatkuasakan penggunaan label tulen ke atas cakera optik, kaset audio/video di bawah Perintah Perihal Dagangan (Label Tulen) 2002 dan Akta Perihal Dagangan 1972 ;
4. Menerima, memproses dan menyiasat permohonan label tulen di bawah Perintah Perihal Dagangan (Label Tulen) 2002;
5. Membanteras aktiviti barang tiruan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972;
6. Membanteras penyelewengan diesel bersubsidi dengan melaksanakan program Nano Tag di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Penandaan Barang Kawalan) 2006 dan Akta Kawalan Bekalan 1961;
7. Membanteras penyelewengan barang-barang kawalan bersubsidi di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961;
8. Membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika bagi melindungi pengguna daripada dieksploitasikan oleh peniaga di bawah Akta Sewa Beli 1967, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Jualan Langsung 1993 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999;
9. Mengawal selia bentuk, kandungan dan transaksi perjanjian-perjanjian sewa beli serta menggariskan hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian sewa beli di bawah Akta Sewa Beli 1961;
10. Memastikan semua bentuk timbangan dan sukatan serta alat timbang dan sukat untuk kegunaan perdagangan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dan menggunakan unit metrik (S.I) di bawah Akta Timbang dan sukat;
11. Memantau aktiviti penentusahan alat timbang dan sukat yang dilaksanakan oleh Syarikat Metrology (M) Sdn. Bhd. Di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972;
12. Mengawal selia penggunaan perihal, pernyataan atau penunjuk palsu atau mengelirukan berhubung barangan, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barangan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972;
13. Mengawal selia aktiviti jualan murah di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 dan Akta Perihal Dagangan 1972;
14. Mengawal selia Penggunaan Perbahasaan halal di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 dan Akta Perihal Dagangan 1972;
15. Mengawal selia aktiviti-aktiviti jualan langsung pintu ke pintu, jualan melalui pos, jualan melalui telefon serta membanteras bentuk perniagaan sistem piramid di bawah Akta Jualan Langsung 1993;
16. Mengawal selia amalan perniagaan yang tidak beretika berhubung dengan barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh peniaga kepada pengguna termasuk representasi palsu dan barang tidak selamat di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999;
17. Menerima dan menyiasat aduan pengguna di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan;
18. Melaksanakan usaha menstabilkan bekalan barang-barang perlu supaya mudah diperolehi di pasaran di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961;
19. Memproses Surat Kuasa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961;
20. Melaksanakan usaha menstabilkan harga barang-barang perlu di pasaran dengan harga yang berpatutan di bawah Akta Kawalan Harga 1964; dan
21. Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dan Kawalan Harga Barang Pengguna di bawah Akta Kawalan Harga 1946.