Unit Komunikasi
Korporat telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Mac 2009 bagi menggantikan
Bahagian Hal Ehwal Korporat yang telah wujud sebelum ini. Peranan utama unit
ini adalah sebagai focal point Kementerian di dalam penyampaian dan penyaluran
maklumat, peningkatan imej korporat Kementerian, perhubungan awam dan media
serta pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.
OBJEKTIF
Menyampaikan maklumat tentang
peranan, dasar, perkhidmatan dan program Kementerian kepada orang ramai melalui
media massa;
Membantu menyediakan dan
menyelaras kempen-kempen publisiti Kementerian; dan
Menyediakan kaunter perkhidmatan
sebagai pusat sehenti (one stop centre
) kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh KPDNKK
danmenyampaikan cadangan, aduan dan
maklumbalas.
FUNGSI
Menjalin hubungan baik di antara
Kementerian dengan pihak media supaya urusan pertukaran maklumat dapat
disampaikan dengan lancar dan berkesan;
Memelihara imej Kementerian
melalui keberkesanan pelaksanaan program publisiti dan kempen yang bersesuaian;
Menggalakkan penyertaan dan
meningkatkan penghayatan dan kefahaman pengguna mengenai dasar dan program
Kementerian;
Mengatur sidang media untuk
program Y.B. Menteri, Y.B. Timbalan Menteri danprogram-program rasmi Kementerian;
Menyelaras dan menjawab teguran,
kritikan dan aduan daripada pelbagai pihak yang diterima melalui media dan Biro
Pengaduan Awam; dan
Mengurus dan mengawalselia
perjalanan Kaunter Khidmat Pengguna Kementerian.