Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Fungsi | Cetak |

 

Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (BPDN) terlibat dalam mengkaji dasar dan strategi berkaitan dengan pembangunan perdagangan pengedaran dalam negara. Bahagian ini juga berperanan dalam meningkatkan amalan etika perniagaan yang kompetitif dan sihat demi menjaga kepentingan pengguna.

 

 

                                            OBJEKTIF BPDN

 

* Menggalakkan pembangunan perdagangan pengedaran;

 

* Meningkatkan tahap keselamatan dalam industri petroleum;

 

 

* Menggalakkan pembangunan dan kemajuan industri jualan langsung;

 

* Mewujudkan kestabilan harga dan bekalan barang-barang perlu;

 

* Menggalakkan penggunaan kaedah e-dagang dalam sektor perdagangan pengedaran;

 

* Menggalakkan pembangunan dan kemajuan industri cakera optik;

 

* Menggalakkan perkembangan dan pembangunan industri petroleum di peringkat hiliran; dan

 

* Menggalakkan perkembangan dan pembangunan industri perkhidmatan.

 

 

 

FUNGSI BPDN

 

* Mengawalselia penyertaan asing dalam sektor perdagangan pengedaran selaras dengan ketetapan di dalam "Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Perdagangan Pengedaran (Disember 2004)";

 

* Mengurus pengeluaran lesen jualan langsung selaras dengan peruntukan di bawah Akta Jualan Langsung 1993;

 

* Mengawalselia harga barang-barang perlu selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga 1946;

 

* Mengawalselia bekalan barang-barang kawalan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961;

 

* Mengawalselia industri cakera optik selaras dengan peruntukan di bawah Akta Cakera Optik 2000;

 

* Mengawalselia dan meningkatkan kesedaran tahap keselamatan industri petroleum di bawah Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya;

 

* Menguruskan permohonan aktiviti carigali minyak mentah di bawah Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Seksyen 21(1) dan 22];

 

* Mengawalselia aktiviti pemasaran dan pengedaran produk petroleum di sektor hiliran melalui pengeluaran lesen PDA selaras dengan keperluan Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974;

 

* Mengurus permohonan lesen timbang dan sukat mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972;

 

* Mengurus permohonan lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961;

 

* Mengawalselia pemberian diesel bersubsidi kepada sektor pengangkutan darat dan sektor pengangkutan penumpang di perairan sungai Sarawak dan Sabah;

 

* Mengawalselia dan menggalakkan penggunaan e-dagang;

 

* Mengawalselia perkembangan dalam sektor industri perkhidmatan; dan

 

* Menjalankan analisa, kajian dan pengauditan kos pengeluaran barang-barang kawalan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.523 seconds to load.