Penarikan Balik Pengecas 2-pin Jenama Nokia | Cetak |

Dimaklumkan pihak Nokia telah menjalankan aktiviti penarikan balik bagi pengecas 2-pin jenama Nokia daripada pasaran dunia. Pihak Nokia di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media di beberapa akhbar tempatan mengenai perkara ini dan program pertukaran pengecas Nokia (Nokia Charger Exchange Programme) secara percuma yang ditawarkan.

Untuk makluman lanjut, pihak tuan/puan boleh melayari laman web http://chargerexchange.nokia.com bagi mendapatkan maklumat mengenai cara-cara untuk mengenalpasti model pengecas Nokia yang ditarik balik dan program pertukaran pengecas Nokia yang ditawarkan.