1000 SERTAI FUN RUN FIESTA LARUT 2017

BATU KURAU, 16 SEPTEMBER 2017 – Kira-kira 1,000 peserta mengambil bahagian dalam acara Fun Run Fiesta Larut 2017 yang berlangsung awal pagi tadi.

Peserta yang dibahagi kepada enam kategori iaitu sekolah rendah lelaki, sekolah rendah perempuan, remaja lelaki dan perempuan serta senior lelaki dan wanita dilepaskan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin di perkarangan Sekolah Menengah Dato’ Seri Kamaruddin Md, Isa di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri KPDNKK, Dato’ Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Saleh, Pengarah-pengarah Jabatan dan Ketua-ketua Agensi KPDNKK serta pemimpin-pemimpin tempatan.

Turut memeraihkan majlis pelancaran itu, dua artis tanah air Fizo Omar dan artis baharu, Janna Nick. Jarak larian sejauh tiga dan lima kilometer bermula dan tamat di perkarangan sekolah ini.

Larian ni turut mendapat sambutan dari kelab-kelab dari luar Parlimen Larut seperti Perlis, Pulau Pinang, Ipoh dan Teluk Intan.

Dato’ Seri Hamzah Zainudin kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang- pemenang.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat