16 BARANG KAWALAN SEMPENA DEEPAVALI

KLANG, 5 OKTOBER 2017 – Sebanyak 16 barangan harga terkawal diumumkan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) , Dato’ Seri Hamzah Zainudin sempena pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP)  Deepavali 2017 di Pasar Besar Aeon Big Jalan Kapar di sini, hari ini.

Pelaksanaan yang berlangsung selama 10 hari  bermula dari 13 hingga 22 Oktober  2017 melibatkan lima hari sebelum hari perayaan dan empat hari selepas perayaan. SKHMP dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

Empat barangan memperlihatkan sedikit penurunan dari harga tahun lepas. Ia turut melibatkan telur gred A, B dan C. 10 barangan tidak mengalami sebarang perubahan harga seperti tahun lepas manakala dua jenis lagi mengalami sedikit kenaikan.

Dato’ Seri Hamzah memberi amaran bahawa pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNKK dan beberapa pihak lain akan mengadakan pemantauan di semua lokasi tumpuan ramai setiap hari bagi memastikan peniaga mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Peniaga sama ada individu atau syarikat boleh dikenakan kompaun, denda serta penjara jika didapati bersalah melanggar akta yang ditetapkan.

Pengguna boleh memperoleh barangan perlu musim perayaan pada harga yang berpatutan dan menyekat daripada peningkatan harga yang melampau.

Usaha ini adalah inisiatif kerajaan untuk mengurangkan bebaban kos sara hidup rakyat dalam negara. Peniaga pula diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

 

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat