1Malaysia 1Harga

Kerajaan amat prihatin tentang kos sara hidup yang telah membebankan rakyat dan pelbagai usaha dan tindakan diambil bagi menjaga dan menjamin kesejahteraan rakyat. Justeru itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melaksanakan Program 1Malaysia 1Harga bermula Februari 2013. Program 1Malaysia 1Harga yang merupakan Inisiatif Kerajaan di bawah National Blue Ocean Strategy (6) : Inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di luar bandar dan pedalaman bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat dari masa ke semasa.

Program 1Malaysia 1Harga ini juga merupakan kaedah menyeragamkan harga barangan perlu bersubsidi GMT (gula, tepung serbaguna, minyak masak sawit -1kg dalam paket) termasuklah barangan keluaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu barangan Coop1Malaysia dan FAMA dan KR1M di seluruh negara. Progam ini dilaksanakan bertujuan untuk menyeragamkan harga barangan keperluan bersubsidi GMT, KR1M, Coop1Malaysia dan FAMA di Sabah, Sarawak dan Labuan sama seperti yang diperolehi di Semenanjung. Menerusi program ini juga, barangan GMT, KR1M, Coop1Malaysia dan FAMA boleh didapati daripada Kedai-Kedai KR1M, Kedai Coop1Malaysia, Agrobazar Kedai Rakyat, kedai-kedai FAMA dan peniaga-peniaga (Point-of-Sales) di seluruh Negara.


Jumlah Pelawat