500 HADIR CERAMAH INTEGRITI

0

PUTRAJAYA, 13 FEBRUARI 2017 – Kira-kira 500 warga kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) memenuhi setiap ruang di Dewan Serbaguna Kompleks KPDNKK di sini untuk mengikuti ceramah Integriti hari ini.

Sesi petang yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Dato’ Basarudin Sadali serta beberapa Pengarah Bahagian mendapat sambutan baik dengan penceramah undangan, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat.

Majlis yang berlangsung dalam dua sesi itu dimulakan dengan ceramah pertama yang bertajuk Integriti Bermula Dari Rumah yang disampaikan Ketua Penolong Pengarah Kanan , Bahagian Penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Wan Jaapar Wan Ahmad sebelum Syamsul Debat menyusuli sebelah petangnya dengan tajuk Rumahtangga Berkat, Kerjaya Hebat yang penuh dengan mesej dan gelak ketawa penonton.

Majlis anjuran bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Unit Integriti ini menjadi ceramah bulanan dalam usaha meningkatkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja KPDNKK di samping medan perkongsian ilmu melalui ceramah-ceramah yang disampaikan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat