50,0000 JAYAKAN HARI KOPERASI NEGERI PULAU PINANG

TASEK GELUGOR, 27 OGOS 2017 – Kira-kira 50,000 pengunjung dari seluruh negeri Pulau Pinang dan kawasan-kawasan berhampiran seperti Kedah, Perak dan Perlis menghadiri sambutan Hari Koperasi Negeri (HKN) Pulau Pinang yang bermula 25 hingga 30 Ogos 2017.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBEX) 2017 bertempat di Dataran Transformasi Usahawan, Kubang Menerong , Tasek Gelugor dirasmikan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Haji Abbas.

HKN Pulau Pinang adalah yang destinasi  terakhir dalam siri penjelajahan ke seluruh negara bagi melaksanakan sambutan HKN Peringkat Negeri yang bermula awal Julai lalu yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan kejayaan sektor koperasi negeri-negeri kepada masyarakat serta sumbangan dan peranan koperasi dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.

Pelbagai aktiviti disediakan sebagai tarikan pengunjung. Sebanyak 318 booth yang mengandungi 35 booth kementerian dan agensi kerajaan,35 booth koperasi serta 248 booth usahawan kecil dan sederhana dari seluruh negeri itu.

Pelbagai aktiviti disediakan disepanjang program itu termasuk persembahan pentas oleh artis-artis tanah air, forum Hal Ehwal Islam, konti siaran luar Mutiara FM, pertandingan pidato, pertandingan patanque peringkat Kebangsaan, sukan rakyat, dan COOP and PenBEX Aerobathon 2017.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat