74 PENIAGA DIKENAKAN TINDAKAN

SUNGAI PETANI, 9 JULAI 2017 – Sejumlah 74 tindakan undang-undang telah diambil terhadap peniaga atas pelbagai kesalahan di sepanjang pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2017 lalu.
Ia adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis peniagaan di seluruh negara di sepanjang pelaksanaan skim itu. Ia merangkumi 932 pemeriksaan ke atas pemborong dan 22, 729 peruncit. Jumlah rampasan bernilai RM7192.96 manakala nilai kompaun sebanyak RM9100.00.
Demikian ujar Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato.Mohd. Roslan Mahayudin dalam sidang medianya di sini petang ini.
Katanya, SKHMP Hari Raya Puasa 2017 dilaksanakan bermula 17 hingga 30 Jun lalu membabitkan sebanyak 21 baranganan harga kawalan yang diwartakan semasa pelaksanaan skim ini.
Empat kes melibatkan peniaga menjual melebihi harga maksimum, 54 kes peniaga gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu dan 16 kes melibatkan tiada tanda harga.
Dato’ Mohd. Roslan turut memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan secara berhemah telah diambil terlebih dahulu dengan memberikan nasihat dan amaran supaya peniaga mematuhi undang-undang sebelum tindakan penguatkuasaan dilakukan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat