Maktab Koperasi Malaysia

Maktab Koperasi Malaysia 

Maktab Koperasi Malaysia (MKM)merupakan satu-satunya institusi pendidikan koperasi di negara ini. MKM telah ditubuhkan dalam tahun 1956 dan diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun melalui penguatkuasaan Akta Parlimen pada tahun 1968. Melalui akta tersebut MKM telah diberi tanggungjawab sebagai sebuah institusi yang menyediakan latihan dan pendidikan koperasiuntuk gerakan koperasi di negara ini. Kini, MKM telah menjadi sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Sebahagian besar perbelanjaan pentadbiran MKMdibiayai oleh Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang menerima caruman daripadakoperasi¬koperasi di negara ini. Mulai 1969, koperasi-koperasi di Malaysiatelah diwajibkanmembuat caruman sebanyak 2% daripada keuntungan bersih kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi ini.


Laman web MKM :http://www.mkm.edu.my

Paparan : 21069
Dikemas kini pada : 17 Mei 2012