BUBUR LAMBUK UNTUK WARGA KPDNKK

PUTRAJAYA, 13 JUN 2017 – Sebanyak 1200 bekas berisi bubur lambuk diedarkan secara percuma kepada warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Anjung Seri, Kompleks KPDNKK petang ini.

Majlis anjuran Puspanita KPDNKK itu disempurnakan Menteri KPDNKK, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan isterinya, Datin Seri Norashikin Dato’ Abdul Ghani selaku Penaung Puspanita kementerian ini.

Bubur lambuk yang ditempah khas dari Masjid Jamek Kampung Bahru, Kuala Lumpur itu mula diagihkan mulai jam 3.30 petang. Turut serta di majlis ini, Timbalan Menteri KPDNKK, Dato’ Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh selaku Penasihat dan isteri, Datin Sri Dr. Asmah Samat sebagai Pengerusi Puspanita KPDNKK.

Menurut jurucakap, aktiviti bubur lambuk adalah di antara beberapa aktiviti yang disusun khas oleh Puspanita KPDNKK sempena bulan Ramadan ini. Selain itu juga diadakan majlis tadarus Al-Quran, majlis khatam Al-Quran, majlis berbuka puasa dan program amal untuk anak-anak asnaf.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat