Dasar Koperasi Negara
Dasar Koperasi Negara
Dasar Koperasi Negara (DKN) 2002 – 2010 telah diperkenalkan dengan menggariskan beberapa strategi pelaksanaan untuk membolehkan gerakan koperasi berperanan lebih aktif dalam pembangunan negara bersama-sama sektor awam dan swasta. Di bawah DKN 2002–2010, struktur kepertanggungjawaban pihak berautoriti diperkemaskan di mana semua jenis koperasi telah diletak di bawah satu Kementerian dengan satu pihak berautoriti iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) . Sebelum ini, koperasi asas tani dipantau oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan koperasi perikanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Dasar ini telah berjaya menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan gerakan koperasi secara teratur dan tersusun. Pelaksanaannya dilakukan melalui program pembangunan perniagaan, akses kepada sumber pembiayaan, penerapan pembudayaan keusahawanan, pengemaskinian perundangan dan peningkatan dalam pengawal seliaan koperasi. Impak daripada pelaksanaan program ini adalah peningkatan dalam pertumbuhan gerakan koperasi, kesejahteraan masyarakat koperasi dan sumbangannya kepada pembangunan negara.
KENYATAAN DASAR
Perspektif Makro
- Sektor Koperasi Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara
Perspektif Mikro
OBJEKTIF
TERAS STRATEGIK
Lima teras strategik pembangunan koperasi:
Teras Strategik I
- Merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi
- Memantapkan keupayaan dan kebolehan koperasi
- Mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi
- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi
- Memperkukuhkan koperasi melalui seliaan dan penguatkuasaan berkesan
Dikemas kini pada : 22 Ogos 2012










