FAQ

only Available in bahasa malaysia

1. Bagaimana proses pendaftaran PKS dengan KPDNKK?

Pendaftaran PKS ini boleh dibuat secara atas talian melalui laman web http://spacedeals.1pengguna.com/spacedeals/index.php. Permohanan perlu disertakan sekali dengan profil serta salinan sijil SSM dan sijil-sijil lain yang berkaitan seperti MESTI/GMP/HACCP/Buatan Malaysia (jika ada) serta muat naik gambar setiap Stock Keeping Unit (SKU) produk keluaran syarikat berkenaan.

2. Berapa lama proses pendaftaran?

Lawatan ke kilang/syarikat akan dibuat dalam tempoh (dua) 2 minggu (tertakluk kepada kelapangan pegawai kedua-dua pihak – Kementerian dan syarikat yang mendaftar) dan slip pendaftaran akan diberikan selepas tujuh (7) hari lawatan dibuat dan syarikat didapati memenuhi kriteria syarikat PKS tempatan.

3. Adakah bayaran dikenakan?

Tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas pendaftaran PKS.

4. Apakah definisi PKS bagi pendaftaran dengan KPDNKK?

Definisi PKS yang digunakan di KPDNKK adalah seperti berikut:

DefinisiPKS Piramid

5. Apa kelebihan yang diperolehi daripada pendaftaran ini?

Keutamaan diberikan kepada PKS yang berdaftar untuk menyertai program promosi yang dianjurkan oleh KPDNKK seperti Program Citarasa Malaysia (PCM), Program Food Sampling, Program Suaian Perniagaan, Promosi Produk melalui laman Spacedeals dan penyertaan dalam Pavilion KPDNKK di karnival-karnival keusahawanan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran sebagai PKS KPDNKK boleh diajukan kepada:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan, Aras 5 (Menara),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),
No. 13, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.
(u.p.: Encik Yasser Arafat bin Zainal Rashid)

Tel : 03-8882 6324/6971/6487
Faks : 03-8882 5826


Jumlah Pelawat