INISIATIF  PERKASA USAHAWAN

0

only Available in bahasa malaysia

NILAI, 28 OGOS 2017 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhasrat melahirkan serta memperkasakan ekonomi 20,000 usahawan di Malaysia menjelang tahun 2020.

Program latihan Coca-Cola KU meliputi bagaimana memulakan perniagaan, menyimpan rekod perniagaan harian, menguruskan pendapatan dan perbelanjaan, mengurus aliran tunai dan kredit serta menguruskan kualiti dan perkhidmatan.

Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, latihan tersebut turut memperkenalkan kaedah bagaimana untuk memahami perniagaan sendiri, memasarkan produk, membangunkan bajet, melakar pelan perniagaan, menguruskan inventori dan cara untuk mengembangkan perniagaan.

Program Coca–Cola KU dilancarkan awal tahun ini serta menyasarkan 14 universiti awam di seluruh negara yang menjangkau 14,000 pelajar. Sehingga kini, ia telah dilaksanakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Jabatan Pendidikan Politeknik Shah Alam dan Universiti Malaysia Perlis.

Dato’ Seri Hamzah berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke loji pengeluaran Coca-Cola di Bandar Enstek, dekat sini hari ini. Hadir sama, Timbalannya, Dato’ Henry Sum Agong dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh.

Bercakap kepada media selepas itu, beliau mencadangkan pihak pengeluaran air minuman itu menjadikan tin minuman sebagai koleksi orang ramai dengan mencetak acara-acara, gambar-gambar atau lokasi-lokasi menarik di negara ini sekurang-kurangnya dua bulan sekali supaya ia menjadi koleksi orang ramai tentang sesuatu yang menarik di negara ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda mungkin juga berminat Lagi daripada pengarang

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

eighteen − seven =


Jumlah Pelawat