JANGAN GUNA KUASA LUAR GANGGU PENGURUSAN

IPOH, 10 NOVEMBER 2017 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Jamil Salleh memberi amaran kepada warga kementerian ini agar tidak menggunakan pengaruh luar untuk mengganggu urusan pengurusan di KPDNKK.

Pengaruh luar yang datangnya dari pihak Istana, politik atau sebagainya tidak seharusnya diamalkan kerana ia dilihat lebih mengganggu setiap perancangan yang diatur dalam pentadbiran sesebuah organisasi.

“Mana-mana pegawai mahupun kakitangan yang sengaja menggunakan pengaruh luar untuk proses tertentu telah melakukan  satu kesalahan. Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas mana-mana pegawai atau kakitangan yang berbuat demikian untuk kepentingan peribadi,” ujarnya.

Dato’ Sri Jamil juga mendedahkan bahawa pihaknya pernah menerima tekanan luar yang mempersoalkan mengapa ada individu yang tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya.

Beilau mahukan agar warga kerja KPDNKK memberi fokus terhadap tugas masing-masing. Ketua Setiausaha KPDNKK itu mengadakan pertemuan dengan pegawai dan kakitangan KPDNKK Negeri Perak di Bilik Gerakan KPDNKK Negeri Perak, di sini, hari ini.

Sesi perjumpaan ini sebagai platform yang strategik bagi membolehkan perbincangan dan perkongsian pandangan daripada kakitangan Kementerian dalam berkongsi isu-isu yang dihadapi bahagian masing-masing.

Melalui ucapannya, Dato’ Sri Jamil menyeru warga KPDNKK membina budaya kerja yang murni termasuk amanah, jujur serta berintegriti supaya memenuhi ekspektasi rakyat yang tinggi terhadap perkhidmatan awam.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat