Jawatankuasa Pengiklanan

1.1 Jawatankuasa Pengiklanan ditubuhkan di bawah Seksyen 84A, Bahagian XIA, Akta Perlindungan Pengguna 1999.

1.2 Fungsi utama jawatankuasa ini adalah untuk menasihati YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam mana-mana aspek berhubung dengan pengiklanan, termasuk iklan-iklan yang bertentangan dengan Bahagian II Akta ini.

1.3 Fungsi-fungsi lain Jawatankuasa Pengiklanan adalah:

1.3.1 Untuk meneliti aduan berhubung dengan iklan;

1.3.2 Untuk mengeluarkan atau menerbitkan maklumat berkaitan sifat dan ciri-ciri barang-barang atau perkhidmatan yang boleh menjejaskan hak atau menyebabkan kerosakan kepada pengguna; dan

1.3.3 Untuk melaksanakan apa-apa perkara lain yang difikirkan patut olehnya dalam melaksanakan fungsi-fungsinya secara yang lebih berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya.

BIL NAMA ORGANISASI SEKTOR JAWATAN DALAM JAWATANKUASA PENGIKLANAN
 1  Y.Brs. Dr. Hamisah binti Hassan  Universiti Putra Malaysia  Ahli akademik  Pengerusi
 2  Y.Bhg.Datuk Che Azemi bin Haron  Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia  Kerajaan  Timbalan Pengerusi
 3  Y.Bhg. Dato’ Sri Jamil bin Salleh  Ketua Setiausaha, KPDNKK  Kerajaan  Ahli
 4 Y.Bhg. Dato’ Eisah binti A.Rahman  Pengarah Kanan, Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia  Kerajaan Ahli
 5 YM.Tunku Azwil bin Tunku Abd Razak  Penasihat, PPIM  NGO Pengguna  Ahli
 6  Encik Mohd Yusof bin Abdul Rahman  Pengarah Komunikasi, FOMCA  NGO Pengguna  Ahli
 7 Encik Kenneth Wong  Executive Director, Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As)  Industri  Ahli
 8 Encik David Mitchel  Timbalan Pengerusi, Advertising Standards Authority (ASA)  Industri  Ahli
 9 Encik Ravinder Singh  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)  NGO Pengguna  Ahli
10 Tuan Hj Roslan Mohamad Pengarah, Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Kerajaan Ahli
11 Puan Mazlina binti Jalani Penolong Pengarah, Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan, Bahagian Hab Halal, JAKIM Kerajaan Ahli
12 Encik Samat bin Yahya Ketua Unit Iklan, Lembaga Penapis Filem, KDN Kerajaan Ahli
13 En. Mohamad Razlan b. Ismail Ketua Pegawai Eksekutif, Dream Arts Pictures Sdn. Bhd. Industri Ahli

Sebarang pertanyaan dan aduan berkenaan iklan palsu atau mengelirukan, hubungi:

Urus setia Jawatankuasa Pengiklanan Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan Aras 4,
Blok Menara Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Presint 2,
62623 Putrajaya.

No.Tel : 03-8882 6556
No. Faks : 03-8882 6860


Jumlah Pelawat