KPDNKK PANTAU PERNIAGAAN DALAM TALIAN UNTUK BANTERAS PENIPUAN

PUTRAJAYA, 13 JULAI 2017 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertindak menghalang akses ke laman web atau mengarahkankan pentadbir media internet dan tapak pasar yang terlibat untuk menurunkan kandungan-kandungan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM 1998) sekiranya didapati berlaku penipuan di laman media sosial seperti facebook, twitter dan instagram dan tapak pasar malam dalam talian yang tidak bertanggungjawab.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Dato’ Roslan Mahayudin berkata, KPDNKK menguatkuasakan dua undang-undang iaitu Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Katanya, beberapa senario melibatkan penipuan atas talian seperti pesanan berbeza daripada barangan yang diterima, bermutu rendah, dan caj yang mahal dari apa yang tertera dalam iklan serta berbagai-bagai kes yang dialami pembeli.

“Pengguna boleh merujuk dan membuat aduan kepada KPDNKK sekiranya menjadi mangsa tipu atau memfailkan tuntutan ganti rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan selanjutnya.

KPDNKK menasihatkan pengguna agar sentiasa menyimpan segala dokumen seperti resit transaksi, nombor telefon atau apa-apa dokumen sebagai bukti untuk dikemukakan di TTPM bagi mendapatkan tuntutan ganti rugi.

Dato’ Mohd. Roslan pada sidang medianya di sini hari ini turut memberitahu bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang menggubal perundangan khas untuk mentadbir penjual-penjual one-off.

“Buat masa ini, online marketplace operator sendiri yang mengawal selia penjual-penjual atas talian di tapak laman web mereka. Kementerian hanya memberikan kewajipan kepada online markerplace operator ini untuk menyimpan dan menyelenggara maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon penjual-penjual online mereka bagi tempoh dua tahun di bawah Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Urus niaga Perdagangan Elektronik) 2012 supaya pihak berkuasa dapat mengesan penjual terbabit jika wujud isu kepenggunaan kelak,” ujarnya.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

 

 

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat