Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan

PENDAHULUAN

Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) dipengerusikan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan dianggotai oleh semua Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri (GPN) yang terdiri daripada Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri dan Pengerusi Bersama yang terdiri daripada wakil persatuan pengguna yang dilantik oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

KEAHLIAN MAJLIS

Ahli-ahli MGPK adalah terdiri daripada:-

  1. YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – Pengerusi
  2. YB Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  3. Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  4. Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  5. Timbalan Ketua Setiausaha (Francais dan Kepenggunaan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  6. Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  7. Pengerusi-pengerusi Gerakan Pengguna Negeri
  8. Pengerusi-pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri

OBJEKTIF

Objektif MGPK ialah untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan, menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah serta berperanan sebagai badan perantaraaan (liason) di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam bidang kepenggunaan.

FUNGSI MAJLIS

  • Membincangkan isu kepenggunaan dan mengemukakan cadangan-cadangan untuk keputusan dasar;
  • Membincang isu dan mengemukakan cadangan untuk tujuan menambahbaik undang-undang atau memperkenalkan peraturan kepenggunaan baru;
  • Membincang pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah;
  • Membawa untuk perhatian Kerajaan Negeri isu-isu kepenggunaan yang memerlukan keputusan Kerajaan Negeri.

PERLANTIKAN PENGERUSI BERSAMA GERAKAN PENGGUNA KEBANGSAAN

2015-2016

URUS SETIA
Bahagian Gerakan Kepenggunaan
Tingkat 4, Podium 1
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
62623 Putrajaya

Tel: 03-88825885
Faks: 03-88825983


Jumlah Pelawat