Mediasi

APAKAH MAKSUD MEDIASI?

  •  Mediasi merupakan satu proses yang membolehkan satu kaedah penyelesaian konflik di antara kedua-dua belah pihak yang bertikai tanpa melibatkan undang-undang atau lebih dikenali sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif (alternative dispute resolution).
  •  Mediasi merupakan suatu proses di mana perkhidmatan pihak ketiga yang saksama dan bertauliah digunakan untuk menbantu pihak – pihak yang bermasalah supaya dapat mencari jalan penyelesaian secara sukarela.
  • Mediasi ini terbukti berkesan dan kaedah yang kos efektif dalam menyelesaikan pertikaian di mana dalam kebanyakan kes, ia dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (francaisor atau francaisi) yang bertikai.

BAGAIMANA MEDIASI DIJALANKAN?

  • Bahagian Pembanguan Francais KPDNKK akan bertindak sebagai mediator  bagi mengendalikan proses mediasi dengan adil serta neutral tanpa memihak. `Mediator‘ membantu tetapi tidak memutus, memaksa ataupun memberikan pandangannya di atas sebarang isu. Penilaian semua kemungkinan untuk mendekatkan jurang sesama dilakukan.
  • Semua pihak dalam pertelingkahan iaitu francaisor dan francaisi diberikan peluang bersuara. Proses ini tidak menekankan siapa yang salah ataupun betul disisi undang-undang, tetapi mengutamakan setiap pendapat atau pandangan didengari demi untuk menyelesaikan penyelesaian.

APAKAH KELEBIHAN MEDIASI?

  • Neutral
  • Adil
  • Rahsia
  • Cepat
  • Sukarela
  • Pihak-pihak yang bertelingkah memutuskan jalan penyelesaian terbaik
  • Menjimatkan kos

DI MANAKAH MEDIASI DIJALANKAN?

Setiap sesi mediasi akan dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Francais KPDNKK. Jika kedua-dua belah pihak sama ada francaisor atau francaisi ingin menyelesaikan aduan melalui mediasi, mereka boleh menghubungi:

Unit Pematuhan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Bahagian Pembangunan Francais
Aras 1, Blok Menara, No.13, Persiaran Perdana
62623 Putrajaya

Tel: 03-8882 5585
Faks: 03-8882 5583


Jumlah Pelawat