LATAR BELAKANG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.

Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidaktentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara.

Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.

Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.


FUNGSI KPDNKK

KPDNK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.

Bidang Tugas Kementerian:

(i) Perdagangan Dalam Negeri

  • Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, koperasi, francais, jualan langsung, penjaja dan peniaga kecil dan sektor hiliran petroleum;
  • Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
  • Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan langsung;
  • Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
  • Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
  • Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik;dan
  • Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.

(ii) Koperasi

  • Mengubal dasar-dasar sektor koperasi;
  • Mengawalselia sektor koperasi (Akta Koperasi 1993);
  • Melaksanakan projek dan program pembangunan; dan
  • Melaksana latihan sektor koperasi.

(iii) Kepenggunaan

  • Melaksanakan program pendidikan pengguna;
  • Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan
  • Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.

VISI & MISI

KPDNKK sedang mengorak langkah ke arah menjadi Kementerian premier negara sebagai’Caring Ministry’.Ia dipandu oleh visinya iaitu ‘Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi’.

Terdapat 3 misi Kementerian iaitu:

  • Menggerakkan sektor domestik utama yang berdaya saing, progresif dan mampan;
  • Ekonomi domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif; dan
  • Membangunkan ekosistem perdagangan berasaskan etika dan kepentingan pengguna.

Perancangan Strategik KPDNKK adalah terangkum di dalam 3 pelan iaitu Pelan Strategik 2013-2020, Pelan Hala Tuju 2015-2020 iaitu working document bagi Pelan Strategik 2013-2020 dan Pelan Transformasi 2016.

MOTTO KEMENTERIAN

  • “PERDAGANGAN SIHAT PENGGUNA BERKAT”

NILAI TERAS KEMENTERIAN

  • Bekerjasama
  • Amanah
  • Komited
  • Adil

STRATEGIK KPDNKK


ORGANISASI KPDNKK

timbalan-menteri

YB DATO’ HENRY SUM AGONG
Timbalan Menteri
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

ks

YBHG. DATO’ SRI JAMIL BIN SALLEH
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

tksYBHG. DATO’ BASARUDDIN BIN SADALI
Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

tksYBHG.DATO’ HAJI RAZALI BIN OTHMAN
Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan


CARTA ORGANISASI KPDNKK

Klik untuk papar

 

DASAR

1 : KENYATAAN DASAR
  • 1.1 : Tujuan utama Dasar Harta Intelek Negara (DHIN) adalah untuk memanfaatkan harta intelek (HI) sebagai enjin pertumbuhan yang baru untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial.
  • 1.2 : DHIN memberi fokus kepada memaksimumkan sumbangan HI dalam mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi dengan cara mewujudkan suasana yang menggalakkan penghasilan berterusan HI, menyediakan sistem perlindungan HI berpiawaian tinggi, memajukan pengeksploitan HI berpontensi komersil, memupuk pembangunan industri-industri sokongan dan membangunkan keupayaan sumber manusia untuk melaksanakan dasar dengan jayanya.
  • 1.3 : Pentingnya HI untuk pertumbuhan ekonomi telah lama disedari. Dalam ekonomi semasa yang berasaskan pengetahuan, HI adalah aset ekonomi berharga dan juga alat perniagaan kritikal yang boleh memberi daya saingan. Mungurus dan memanfaatkan HI secara strategik adalah cara untuk meningkatkan daya saingan jangka panjang negara dalam ekonomi pengetahuan.
2 : RASIONAL DHIN
  • 2.1 : DHIN diperlukan sebagai panduan utama dalam menggubal undang-undang berkaitan dengan HI bagi melaksanakan semua aktiviti berkaitan dengan HI oleh agensi-agensi kerajaan,institusi-institusi penyelidikan,institusi-institusi pengajian tinggi, organisasi-organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta dengan tujuan untuk memajukan penggunaan HI untuk pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi. DHIN juga wajar digunakan sebagai panduan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara.
  • 2.2 : Dasar ini juga diperlukan untuk memudahkan pembentukan suasana yang menggiatkan dan memupuk ciptaan, perlindungan, penguatkuasaan,pengurusan dan pengeksploitan maksimum HI bertujuan pada akhirnya untuk membangunkan industri HI yang cergas sebagai pendorong pertumbuhan masa depan negara. Tujuannya ialah untuk menempatkan DHIN sebagai komponen penting dan bersepadu dasar ekonomi negara untuk meningkatkan daya saingan Malaysia.
  • 2.3 : Dasar ini juga perlu untuk memaju dan menanamkan budaya HI di kalangan masyarakat perniagaan dan juga orang awam. Tujuannya ialah untuk mewujudkan masyarakat yang menghargai HI sebagai aset ekonomi berharga serta menghormati hak-hak pemilik HI.
  • 2.4 : Dasar juga perlu untuk menyokong salah satu daripada objektif Akta Jaminan (Bill of Guarantees)Koridor Raya Multimedia (MSC) – untuk “menjadi pemimpin rantau dalam perlindungan HI dan undang-undang siber.”, Dasar Bioteknologi Kebangsaan, Dasar Kepelbagaian Biodiversiti dan lain-lain dasar yang berkaitan dengan HI.
3 : OBJEKTIF DHIN
  • 3.1 : Tahap Sistem Perlindungan HI Yang Terbaik
    Membangunkan sistem perlindungan HI yangcekap dan berkesan untuk memastikan perolehan perlindungan dan hak-hak yang cepat dan mudah serta mekanisma penguatkuasaan yang cekap dan praktikal untuk menyediakan pembetulan dan penyelesaian pelanggaran-pelanggaran hak-hak HI dan juga untuk mencegah berlakunya pelanggaran.Dalam dunia hari ini di mana teknologi pesat berubah, perlindungan HI yang cepat dan mudah memberi pemilik kelebihan saingan yang lebih baik dan masa yang lebih panjang untuk mengeksploit HI yang dicipta dan memperolehi pulangan daripada daya usaha dan pelaburan mereka.Pemilik oleh itu digalak untuk membangunkan lagi HI dan mencipta yang baru. Daripada perspektif undang-undang, semua undang-undang dan peraturan-peraturan HI perlu memenuhi keperluan tempatan dan menunaikan piawaian yang ditetapkan oleh perjanjian dan konvensyen antarabangsa yang Malaysia sertai.
  • 3.2 : Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan HI
    Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HI dengan memberi fokus kepada pengurusan inovasi dan penyelidikan dan pembangunan yang lebih efektif di kalangan institusi-institusi penyelidikan,universiti-universiti, industri kecil dan sederhana(IKS) dan individu-individu dan juga dengan perolehan HI asing dalam bidang keutamaan tertentu. Untuk memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HI ini perlu diwujudkan suasana menggalakkan, suasana yang menyediakan insentif-insentif, geran-geran, pengurusan,kewangan, urusniaga, penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian.
  • 3.3 : Memajukan Pengeksploitan Komersil HI
    Memajukan pengeksploitan komersil HI sebagai aktiviti utama penghasilan nilai yang diperlukan untuk pembangunan industri HI. Tujuan muktamad adalah untuk membangunkan industri HI yang giat dan penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia pada milenium baru ini.
  • 3.4 : Membangunkan Kemampuan Mengurus HI
    Membangunkan kemampuan pengurusan HI yang mahir di sektor awam dan swasta, untuk meliputi keseluruhan rangkaian aktiviti-aktiviti HI daripada peringkat ciptaan kepada perlindungan,pengeksploitan, penilaian, pelesenan, perolehan,penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian.Kemampuan mengurus adalah amat penting kepada industri HI yang matang dan sofistikated.
  • 3.5 : Pembangunan Infrastruktur Urusniaga HI
    Industri HI yang giat memerlukan pengwujudan industri sokongan yang sangat maju terutamanya dalam bidang urusan bank dan kewangan. Oleh itu perlu dikaji infrastruktur perniagaan, urusan bank dan kewangan berkaitan dengan urusniaga berdasarkan HI semasa dan masa depan, terutamanya perdagangan, pelesenan, pencagaran dan pensekuritian.
  • 3.6 : Perlindungan Kepentingan HI Negara
    Menentukan kepentingan HI Malaysia dikawal diperingkat antarabangsa dengan memantau perkembangan HI di arena antarabangsa dan menyertai secara aktif dalam forum-forum antarabangsa yang membincang peningkatan perlindungan HI, isu-isu baru muncul dan cabaran-cabaran baru yang disebabkan oleh kemajuan pesat teknologi.
  • 3.7 : Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam
    Memajukan pembangunan sumber manusia dengan tujuan membentuk sekumpulan pakar-pakar yang besar untuk pengurusan HI di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti HI, untuk urusniaga HI dan untuk pengeksploitan komersil HI. Adalah juga perlu untuk meningkatkan tahap kesedaran awam berkaitan dengan tujuan mengadakan sistem perlindungan HI, peranan penting HI dalam pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi negara dan perlunya hak-hak eksklusif pemilik HI yang diberi oleh undang-undang diiktiraf dan dihormati. Pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam boleh menyumbang kepada pengurangan pelanggaran hak dan menanam budaya HI.
  • 3.8 : Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing
    Menggalakkan lebih banyak pelaburan dan pemindahan teknologi asing dengan memberi jaminan piawaian perlindungan HI tertinggi yang boleh meyakinkan pelabur-pelabur akan perlindungan HI yang dibawa ke Malaysia, peluang untuk memperolehi pulangan daripada pelaburan mereka dan adanya saluran-saluran perundangan untuk mendapat pembetulan dan penyelesaian kes-kes pelanggaran. Dengan adanya teknolog asing, pemindahan teknologi yang diperlukan dapat digalakkan melalui perolehan, pelesenan, francais, dan lain-lain.
4 : MATLAMAT DHIN
  • 4.1 : Peningkatan Kemakmuran Ekonomi dan Sosial
    Matlamat utama DHIN adalah untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial masyarakat dengan mempergunakan HI sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru dengan cara memperluaskan kapasiti Malaysia untuk meningkatkan penghasilan, melindung dan menguatkuasakan dengan efektif, mengurus dengan baik dan memaksimumkan pengeksploitan komersil HI.
  • 4.2 : Memperkukuhkan Daya Saing Negara
    Mengukuhkan daya saingan jangka panjang negara dengan cara membangunkan industri HI sebagai industri matang dan termaju yang menghasil, mengurus dan memperdagangkan HI.
  • 4.3 : Malaysia Sebagai Hab HI Terkemuka
    Membangunkan Malaysia sebagai hab HI terkemuka di mana penghasilan nilai ekonomi daripada aktiviti-aktiviti perniagaan beasaskan HI memperkukuhkan keseluruhan prestasi ekonomi Malaysia. Dengan industri HI yang matang dan termaju Malaysia boleh menjadi pengeksport HI.
  • 4.4 : Penubuhan Budaya HI
    Memaju dan menanamkan budaya HI di kalangan masyarakat perniagaan dan industri serta orang awam. HI perlu diterima sebagai aset penting dan berharga dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dan sebagai pemangkin kepada kemajuan pengetahuan dan teknologi yang menentukan daya saingan jangka panjang negara. Sebagai aset berharga, HI perlu diurus secara efektif untuk menentukan ianya dilindungi, diperbangunkan selanjutnya dan potensi ekonominya dieksploitasi ke tahap maksima.
5 : STRATEGI

Strategi-strategi utama berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan:

  • 5.1 : Tahap Sistem Perlindungan HI Yang Terbaik

Pembangunan sistem perlindungan HI yang cekap dan berkesan memerlukan strategi-strategi berikut:

i) Memperkukuhkan pentadbiran HI Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk menghadapi peningkatan tahunan permohonan pendaftaran dan keperluan pelanggan dan juga untuk menyediakan prosidur-prosidur permohonan yang mudah dan pendaftaran yang segera, garis panduan pendaftaran yang jelas, kemudahan carian awam yang berkualiti dan sistem penyebaran maklumat yang berkesan.

ii) Sentiasa mengemaskini undang-undang dan peraturan-peraturan untuk selaras dengan perkembangan antarabangsa, cabaran-cabaran baru dan isu-isu baru.

iii) Membina keupayaan untuk mewujudkan sekumpulan sumber manusia yang besar dan mahir dalam pendaftaran dan penguatkuasaan HI.

iv) Mengukuhkan agensi-agensi penguatkuasaan Kerajaan yang menguatkuasakan pelanggaran Akta Perihalan Dagangan 1972,Akta Cakera Optik 2000, Akta Hakcipta 1987,Akta Paten 1983, Akta Hakcipta 1987, AktaReka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 danAkta Petunjuk Geografi 2000.

v) Menubuhkan Mahkamah HI untuk mempercepatkan pendengaran kes-kes berkaitan dengan HI serta system penyelesaian pertikaian alternatif.

  • 5.2 : Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan HI

Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HI memerlukan strategi -strategi berikut:

i) Tahap sistem perlindungan HI terbaik yang menjamin perolehan perlindungan dan hak-hak yang segera dan mudah dan membolehkan pemilik mendapat kelebihan daya saingan yang lebih baik dan memperolehi pulangan daripada daya usahadan pelaburan mereka.

ii) Pusat Sumber MyIPO yang pro-aktif untuk menyedia dan menggalakkan penggunaan oleh industri-industri dan individu-individu terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan data paten dan reka bentuk yang berharga dan mengandungi maklumat mengenai rekacipta terbaru atau teknologi terkini dalam dunia serta tren dunia dalam bidang teknologi tertentu.

iii) Mewujudkan suasana menggalakkan yang menyediakan insentif-insentif, geran-geran, kewangan, pengurusan, urusniaga, penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian.

iv) Memperbesarkan tabung HI nasional dengan memajukan dan memberi fokus kepada penciptaan dalam Malaysia.ggalakkan usaha-usaha niaga (ventures) asing yang intensif dalam HI supaya membawa HI mereka ke Malaysia.
vi) Memupuk kerjasama dan perkongsian bijak antara sektor kerajaan dan sektor swasta danantara institusi-institusi penyelidikan dan industri-industri.

vii) Memajukan penyebaran hasil penyelidikandan pembangunan.

  • 5.3 : Memajukan Pengeksploitan Komersil HI

Memajukan pengeksploitan komersil HI memerlukan strategi – strategi berikut:

i) Mengambil kesempatan tabung HI sedia ada dan memperolehi nilai komersil yang lebih tinggi.

ii) Mengenal pasti pencipta-pencipta HI di Malaysia dan memupuk kemajuan mereka supaya perolehan nilai HI dimaksimumkan.

iii) Menyokong IKS, syarikat-syarikat usaha niaga dan individu-individu terlibat dalam pengeksploitan komersil HI.

iv) Mempergiatkan aktiviti-aktiviti keusahawanan dengan memberi fokus kepada pengeksploitan HI yang berdaya majukomersil.

v) Mewujudkan suasana perniagaan bagi menggalakkan perusahaan-perusahaan tempatan dan asing menempatkan keseluruhan, jika tidak sebahagian besar daripada rangkaian nilai HI mereka di Malaysia.

vi) Memajukan kaedah-kaedah penilaian dan peraturan-peraturan-peraturan kontrak dan pelesenan yang sesuai untuk memudahkan pengeksploitan komersil HI.

vii) Memajukan pelepasan hak-hak HI yang tidak dieksploitasi oleh Kerajaan atau syarikat-syarikat besar kepada IKS dan individu-individu untuk pengeksploitan komersil melalui pelesenan atau serah hak.

  • 5.4 : Pembangunan Kemampuan Mengurus HI

Memajukan pembangunan kemampuan mengurus memerlukan strategi-strategi berikut:

i) Membangunkan sekumpulan pakar-pakar mahir di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti HI.

ii) Menggalakkan sektor awam dan sector swasta supaya mengurus baik HI yang dimiliki dengan menyediakan garis panduan atau buku panduan yang jelas.
iii) Menggalakkan pemilik-pemilik HI seperti usaha-usaha niaga asing mengguna Malaysia sebagai hab HI.

iv) Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada dan juga amalan-amalan perniagaan supaya memperbaiki pengurusan dan pengeksploitan HI di sektor awam dan sektor swasta.

  • 5.5 :Pembangunan Infrastruktur Urusniaga HI

 Membangunkan infrastruktur urusniaga HI memerlukan strategi-strategi berikut:

i) Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada berkaitan dengan undang-undang syarikat, peraturan sekuriti dan undang-undang urusan bank dan kewangan secara am untuk menjamin infrastruktur perniagaan, urusan bank dan kewangan boleh memudahkan urusniaga beasaskan HI.

ii) Menggalakkan sektor urusan bank dan kewangan membangunkan surat-cara urusan bank dan kewangan berasaskan HI bagitujuan pencagaran dan pensekuritian aset HI.

iii) Mewujudkan Bursa HI bagi menggiatkan perdagangan HI dan untuk membangun pasaran lebih cair untuk perdagangan HI.

iv) Mengulangkaji undang-undang dan amalan pernigaan sedia wujud dengan tujuan meningkatkan suasana perniagaan untuk membiayai pelaburan-pelaburan berasaskan HI termasuk penubuhan badan pembiayaan HI yang khusus.

  • 5.6 : Perlindungan Kepentingan HI Negara

Melindungi kepentingan HI Malaysia memerlukan strategi-strategi berikut:

i) Memantau pembangunan dan kemajuan HI diperingkat antarabangsa.

ii) Menyertai secara aktif forum-forum antarabangsa yang membincang peningkatan perlindungan HI, isu-isu baru muncul dan cabaran akibat kemajuan teknologi.

iii) Membentuk pendirian nasional mengenai isu-isu penting setelah berbincang dengan agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkenaan di sektor awam dan sektor swasta.

  • 5.7 : Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam

Memajukan pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam mengenai HI memerlukan strategi-strategi berikut:
i) Penubuhan Institut HI Negara untuk menyediakan program latihan HI yang khusus seperti perolehan hak-hak, penguatkuasaan,penyelesaian pertikaian, pengurusan,penilaian dan pelesenan dan juga kesedaran am.

ii) Memperkenalkan mata pelajaran HI dalam sistem pendidikan formal di sekolah-sekolah rendah dan menengah dan institusi-institusi pengajian tinggi.

iii) Mengendalikan program kesedaran awam secara berterusan dan tetap yang member fokus kepada kumpulan-kumpulan sasaran khusus dan juga orang awam amnya.

iv) Menyebarkan maklumat mengenai HI melalui media massa, penerbitan, dll.

v) Mengadakan seminar-seminar, bengkel-bengkel, ceramah-ceramah, wawancara-wawancara dan kempen-kempen awam.

vi) Menyertai pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau lain-lain agensi awam dan swasta.

  • 5.8 : Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing

Memajukan pelaburan dan pemindahan teknologi asing memerlukan strategi-strategi berikut:

i) Tahap sistem perlindungan HI terbaik yang menjamin perlindungan hak-hak HI,memastikan pelabur-pelabur berpeluan memperolehi pulangan daripada pelaburan.

ii) mereka dan menyediakan saluran undang-undang untuk mendapat pembetulan dan penyelesaian pelanggaran.

iii) Memudahkan industri tempatan memperolehi HI asing yang diperlukan melalui pelesenan,francais dan lain-lain.

6. PENUTUP

HI adalah aset strategik utama dan pengeksploitannya yang efektif adalah satu daripada kunci untuk meningkat kemakmuran ekonomi dan sosial Malaysia. Pelaksanaan DHIN yang berkesan dan berjaya adalahsatu daripada langkah kritikal untuk mendorong daya saing negara Malaysia dan untuk membolehkan Malaysia akhirnya menjadi negara maju.

 

OBJEKTIF

Dasar Amalan Perdagangan Adil (DAPA) telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Oktober 2005 bagi tujuan mencapai objektif:

  • Mempromosi dan melindungi persaingan dalam pasaran.
  • Mewujudkan usahawan yang dinamik dan berdaya saing.
  • Menyediakan peluang pasaran yang adil dan berdaya saing bagi perniagaan.
  • Melarang amalan anti-persaingan termasuk amalan yang dilakukan di luar Malaysia yang menjejaskan pasaran domestik.
  • Melarang amalan-amalan perdagangan tidak adil dalam ekonomi.
  • Menggalakkan penyertaan usahawan kecil dan sederhana (IKS) dalam ekonomi.
  • Mempromosikan kebajikan pengguna dan menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi, mewujudkan kecekapan dan ekuiti.

1 : KENYATAAN DASAR

DPN memberi fokus kepada usaha membudayakan amalan perlindungan kendiri oleh pengguna, kawalselia kendiri oleh peniaga/pengeluar dan mencapai tahap perlindungan pengguna yang berkesan yang dapat menyediakan persekitaran yang kondusif untuk mewujudkan pasaran yang adil dan pembangunan yang lestari selaras dengan perkembangan ekonomi tempatan dan global.

2 : RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA
  • 2.1 : Matlamat akhir pembangunan Negara adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat yang juga merupakan pengguna. Kebergantungan pengguna terhadap kepada barangan dan perkhidmatan di pasaran memerlukan satu dasar yang menyeluruh untuk memastikan pengguna dan peniaga dapat memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing demi pembangunan ekonomi negara yang mampan. Pengguna memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi domestik yang mampu menjadi penampan kepada kesan pergolakan ekonomi global.
  • 2.2 : Dalam konteks ini, DPN diperlukan sebagai asas, prinsip dan panduan dalam menggubal dasar dan undang-undang berkaitan kesejahteraan pengguna terutamanya aspek perlindungan pengguna demi kesejahteraan pengguna. DPN juga perlu diambil kira dalam penggubalan dasar-dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas kepada segala kegiatan berkaitan kepenggunaan oleh agensi kerajaan, Persatuan Pengguna, badan bukan kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya budaya kepenggunaan dan pengeluaran lestari (sustainable production) dapat dipertingkatkan di negara ini.
  • 2.3 : Pewujudan DPN diperlukan bagi mengurangkan kesan globalisasi terhadap pengguna, peniaga dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan dari liberisasi ekonomi dan globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan dan sosial sesebuah negara.
  • 2.4 : DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mengamalkan perlindungan kendiri iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dan bertanggungjawab, mampu mempengaruhi aktiviti golongan pembekal/pengilang serta sensitif terhadap segala tindakan dan tingkah laku mereka yang boleh mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara. Pengguna yang berdaya upaya dan bersatu di bawah tema “1 Pengguna 1 Suara” mempunyai kuasa yang besar yang mampu menentukan barangan dan perkhidmatan yang sepatutnya ada di pasaran Malaysia.
  • 2.5 : Masyarakat peniaga memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kesejahteraan pengguna. Khususnya, peniaga yang beretika, mengamalkan kawal selia kendiri, bertanggungjawab dan jujur boleh menyumbang kepada kebajikan dan kesejahteraan pengguna.
  • 2.6 : DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam meningkatkan keprihatinan dan pengetahuan masyarakat pengguna dan peniaga terhadap hak-hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai kemakmuran negara secara keseluruhannya. DPN menjadi asas kepada program ke arah menyediakan pengguna dan peniaga yang mampu memainkan peranan aktif dalam Negara maju yang berpendapatan tinggi.

Dasar Koperasi Negara (DKN) 2002 – 2010 telah diperkenalkan dengan menggariskan beberapa strategi pelaksanaan untuk membolehkan gerakan koperasi berperanan lebih aktif dalam pembangunan negara bersama-sama sektor awam dan swasta. Di bawah DKN 2002–2010, struktur kepertanggungjawaban pihak berautoriti diperkemaskan di mana semua jenis koperasi telah diletak di bawah satu Kementerian dengan satu pihak berautoriti iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) . Sebelum ini, koperasi asas tani dipantau oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan koperasi perikanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Dasar ini telah berjaya menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan gerakan koperasi secara teratur dan tersusun. Pelaksanaannya dilakukan melalui program pembangunan perniagaan, akses kepada sumber pembiayaan, penerapan pembudayaan keusahawanan, pengemaskinian perundangan dan peningkatan dalam pengawal seliaan koperasi. Impak daripada pelaksanaan program ini adalah peningkatan dalam pertumbuhan gerakan koperasi, kesejahteraan masyarakat koperasi dan sumbangannya kepada pembangunan negara.

PIAGAM

Kementerian ini adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan
mengikut piagam yang ditetapkan seperti berikut :

NO. PERKARA TEMPOH KEPUTUSAN
(HARI BEKERJA)
1. Permohonan Menjalankan Perniagaan Perdagangan Pengedaran selain Hypermarket, Superstore & Department Store asing (WRT). 8 hari dengan dokumen lengkap
2. Permohonan Menjalankan Perniagaan Perdagangan Pengedaran bagi format Hypermarket, Superstore & Department Store asing. 16 hari dengan dokumen lengkap
3. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan baru Lesen Barang Kawalan 7 hari
4. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pembaharuan Lesen Barang Kawalan 7 hari
5. Memproses dan memaklum keputusan permohonan perubahan had kuantiti simpanan/alamat perniagaan/ alamat stor/jenis barang kawalan pada Lesen Barang Kawalan 7 hari
6. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan baru Lesen Jualan Langsung 7 hari
7. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pembaharuan Lesen Jualan Langsung 7 hari
8. Jawatankuasa Subsidi Diesel (JKSD) 1 hari
9. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan baru Lesen PDA 1, PDA 2, PDA 3 dan PDA 4 1 hari
10. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan baru Lesen PDA 1, PDA 2, PDA 3 dan PDA 4 bagi jenama tempatan dan import 20 hari
11. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pembaharuan lesen PDA 10 hari
12. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan Lesen PDA 5 20 hari
13. Memproses permohonan pembaharuan Lesen Mengilang Cakera Optik dan dimaklumkan keputusannya kepada pemohon 14 hari
14. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan baru lessen timbang dan sukat dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima 7 hari
15. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan pembaharuan lessen timbang dan sukat dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima 5 hari
16. Jualan Murah 1 hari
17. Meluluskan dan Mengeluarkan Label Cakera Optik 3 hari
18. Menyemak dan memproses semua permohonan penyertaan Program Pembangunan Francais yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan 20 hari
19. (Seksyen 6)
Menyemak dan memproses permohonan pendaftaran francaisor dan pemegang francaisi induk setelah semua dokumen didapati lengkap.
7 hari
20. (Seksyen 55)
Menyemak dan memproses permohonan pendaftaran francaisi kepada francaisor asing dan broker francais setelah semua dokumen didapati lengkap.
7 hari
21. Menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima daripada francaisor atau francaisi. 45 hari
22. Memproses pemfailan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) 1 hari
23. Memproses pemfailan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas (Borang 2) 1 hari
24. Menyelesaikan tuntutan 40 hari
25. Pengeluaran award selepas pendengaran 1 hari
26. Akuan penerimaan dan maklumbalas aduan yang diterima kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari berkerja bagi aduan yang dikemukakan secara bertulis melalui surat atau emel,melalui panggilan telefon atau hadir sendiri 3 hari
27. Penyelesaian aduan daripada pengadu dalam tempoh 21 hari berkerja 21 hari


BAHAGIAN

 


KETUA PEGAWAI MAKLUMAT

tks

YBHG.DATO’ HAJI RAZALI BIN OTHMAN
Ketua Pegawai Maklumat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.

Telefon : 03 8882 5558
Faks : 03 8882 5567
Emel : razali[at]kpdnkk.gov.my


Jumlah Pelawat