National Key Economic Areas (NKEA) Wholesale And Retail Project / Activity Sector

Available in Bahasa Malaysia Only

BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA)

Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) adalah satu usaha komprehensif Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sasarannya adalah untuk meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari RM23,700 pada 2009 kepada lebih RM48,000 pada 2020 dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan. Program ini akan menfokuskan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara atau National Key Economic Areas (NKEA).

Salah satu daripada 12 NKEA yang akan dilaksanakan ialah Pemborongan dan Peruncitan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Di bawah NKEA Pemborongan dan  Peruncitan ini, sebanyak 13 projek pemula (EPP) telah dikenalpasti yang  akan menyumbang sebanyak RM83.4 billion (PNK) dan mewujudkan lebih 370,000 pekerjaan baru yang merangkupi pelbagai jawatan seperti pengurusan, profesional dan teknikal, eksekutif, penyelia, kerani dan sebagainya sepanjang 10 tahun akan datang.

OBJEKTIF

Membantu Kementerian meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) dengan melaksanakan dasar-dasar di bawah Strategi Model Ekonomi Baru dan strategi-strategi berkaitan.

FUNGSI

  • Merancang, memantau dan menyelaras program dan aktiviti-aktiviti 13 projek NKEA
  • Melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) 7 : Mengurangkan Kos Sara Hidup dengan pelaksanaan projek Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Kedai Optik .1Malaysia
  • 13 EPP tersebut ialah:

13 EPP

EPP 1 : PEMBANGUNAN KEDAI FORMAT BESAR

Projek ini merupakan galakan kepada peruncit untuk mengembangkan perniagaan dalam format besar dengan membuka superstore yang mempunyai ruang niaga bersaiz 3,000 ke 4,999 meter persegi atau hypermarket yang melebihi 5,000 meter persegi.

Projek menjana PNK sebanyak RM8.5 bilion dan mewujudkan sebanyak 68,574 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Pegawai yang boleh dihubungi:

Nama No.Telefon No.Faks  Emel
 Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6228
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
EPP 2 : PROGRAM TRANSFORMASI KEDAI RUNCIT (TUKAR)

Program Transformasi kedai Runcit (TUKAR) merupakan salah satu daripada 12 Entry Point Project (EPP) di bawah National Key Economic Area (NKEA) Sektor Pemborongan dan Peruncitan. Program ini bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2011 dan disasarkan untuk dilaksanakan sehingga tahun 2020 (10 tahun)

SASARAN PROGRAM TUKAR

  • Menjana Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM5.56 billion.
  • Mewujudkan 51,540 peluang pekerjaan
  • Mentransformasikan 5000 buah kedai runcit menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF PROGRAM TUKAR

  • Membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis tradisional;
  • Meningkatkan tahap kompetitif peruncit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan;
  • Meningkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan;
  • Menggalakkan jualan produk berkualiti;
  • Menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Good Services Tax (GST).

KRITERIA PEMODENAN TUKAR

Kriteria pemodenan yang ditekankan untuk mentransformasikan peruncit tradisional adalah berdasarkan Kriteria 4M iaitu:

kriteria

PENCAPAIAN PROGRAM TUKAR

Tahun 2011 Tahun 2012  Tahun 2013 Tahun 2014 – 2020

519 kedai

ditransformasikan

568 kedai

ditransformasikan

519 kedai

ditransformasikan

Sasaran 500 kedai setiap tahun hingga tahun 2020

SEBELUM MENYERTAI PROGRAM

sblomprogram

SELEPAS MENYERTAI PROGRAM

slpasprogram

SYARAT MENYERTAI PROGRAM TUKAR

 SYARAT  SKIM BELIA  SKIM PERMULAAN  SKIM PENGEMBANGAN (untuk peserta TUKAR sedia ada sahaja)
 100% milikan tempatan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan
 Umur  :  18 - 60 tahun  Umur dari 18 – 40 tahun sahaja  Umur 18 – 60 tahun  Umur 18 – 60 tahun
 Tidak disenarai hitamkan oleh Bank / Institusi Kewangan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan
 Berdaftar dengan SSM  Perlu memenuhi syarat ditetapkan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan  Perlu memenuhi syarat ditetapkan
Mempunyai Lesen PBT i.        Jika belum berniaga, resit/slip permohonan lesen PBT dikemukakan selepas lulus pembiayaan. ii.       Sekiranya telah berniaga kedai runcit  kurang dari setahun, perlu mengemukakan lesen PBT.  Perlu mempunyai lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan atau mempunyai bukti telah memohon lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (A) Peluasan Kedai Runcit Sedia Ada Pihak bank boleh merujuk kepada lesen PBT yang telah dikemukakan sebelum ini untuk menyertai program TUKAR. (B) Pembukaan Cawangan Baru Perlu mengemukakan resit/slip permohonan lesen PBT selepas lulus pembiayaan.
 Saiz  :  < 2,500 kps @ tidak melebihi 2 pintu  Perlu mematuhi saiz  Perlu mematuhi saiz  Perlu mematuhi saiz
 Minima 1 tahun beroperasi ·      Tiada tempoh operasi minima; ·      Perlu mempunyai sijil/ diploma/ ijazah dalam bidang perniagaan/ peruncitan; atau ·      Pernah  menghadiri kursus yang berkaitan bidang peruncitan/perniagaan sekurang-kurangnya 7 hari (boleh digabung dengan beberapa siri kursus yang pernah dihadiri. Contoh : Kursus MARA 2 hari + Kursus TEKUN 3 hari + Kursus Keusahawanan 3 hari = 8 hari). Salinan sijil/diploma/ijazah atau kehadiran kursus perlu dikemukakan bersama permohonan  Telah beroperasi sekurang-kurang setahun  Telah menyertai program TUKAR sekurang-kurangnya setahun
 Lokasi ·      Telah ada lokasi premis atau cadangan lokasi premis dan mengemukakan bukti. ·      Sekiranya telah berniaga kedai runcit  kurang dari setahun, perlu mengemukakan salinan lesen PBT.  ·     Telah ada lokasi premis. (A) Peluasan Kedai Runcit Sedia Ada Pelanggan perlu mengemukakan gambar kedai semasa serta penyata jualan bagi 3 bulan terkini. (B) Pembukaan Cawangan Baru Pelanggan perlu mempunyai bukti lokasi premis telah dikenalpasti dan mengemukakan bukti.
 Pembiayaan: ·    Jumlah pinjaman sebanyak maksima RM80,000. Pecahan pembiayaan adalah maksimum sebanyak RM40,000 (stok) dan maksimum RM40,000 (takaful + duti setem + kos pengubahsuaian + peralatan) berkaitan. ·    Kadar caj 3 % setahun; ·    Tempoh bayaran balik  maksima 15 tahun; ·    Sekurang-kurangnya seorang penjamin (mengikut SOP bank). ·    Jumlah pinjaman sebanyak maksima RM80,000. Pecahan pembiayaan adalah maksimum sebanyak RM40,000 untuk pembelian stok dan RM40,000 untuk kos pengubahsuaian dan peralatan berkaitan; ·    Kadar caj 3 % setahun; dan ·    Tempoh bayaran balik maksima 15 tahun. (A) Peluasan Kedai Runcit Sedia Ada i)    Kedai TUKAR yang sama, di lokasi yang sama. ii)  Tiada perubahan dalam databaseTUKAR: ·    Peserta sama di bawah nama syarikat yang sama; ·      Telah menyertai program TUKAR sekurang-kurangnya 1 tahun; ·      Mengikuti kursus Latihan TUKAR Fasa 1 dan Fasa 2; dan ·      Tiada tunggakan dalam akaun sedia ada. iii) Pinjaman maksima RM80,000 iaitu maksima RM30,000        (takaful + duti setem + pengubahsuaian +  peralatan) dan maksima RM50,000 (stok). (B)Pembukaan Cawangan Baru i)    Pembukaan cawangan baru di  lokasi berbeza. ii)  Pertambahan dalam databaseTUKAR: ·    Peserta yang sama di bawah nama syarikat yang sama atau nama syarikat yang berbeza; ·    Telah menyertai program TUKAR sekurang-kurangnya 1 tahun; ·    Mengikuti kursus Latihan TUKAR Fasa 1 dan Fasa 2; dan ·    Tiada tunggakan dalam akaun sedia ada. iii)      Pinjaman baru maksima RM80,000 iaitu maksima RM40,000 (takaful + duti setem + pengubahsuaian + peralatan) dan RM40,000 (stok).
Skop Pembiayaan:- i)               Modal kerja ·        Pembelian stok perniagaan. ii)   Pengubahsuaian/menaik taraf premis perniagaan ·        pendawaian dan lampu ·        pengubahsuaian siling ·        mengecat lantai, dinding, cermin dan lain-lain iii)  Pembelian mesin atau peralatan ·        POS Counter Terminal (GST ready)[WAJIB] ·        gondola/rak ·        chiller ·        freezer ·        tanda harga/signage[WAJIB] ·        signboard[WAJIB] ·        penghawa dingin ·        CCTV ·        alarm system ·        alat pencegah kebakaran ·        perkakasan perisian IT termasuk kabel, network danperkakasan (hardware) ·        Peralatan-peralatan lain yang sesuai

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Perlu mematuhi skop

Pegawai yang boleh dihubungi:

 Nama No.Telefon  No.Faks Emel
Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934 03-8882 6934  dmo[at]kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228

Muat Turun:

EPP 3 : PASAR KOMUNITI DAN PASAR KARAVAN (PAKAR)
 
PAKAR adalah merupakan EPP yang bertujuan memodenkan “pasar” di bawah satu konsep melalui:

  • pemodenan dan penggabungan Pasar Tani, Malam, Tamu dan Minggu di bawah satu bumbung;
  • penawaran pengalaman membeli-belah moden dan selesa;
  • penyediaan platform/infrastruktur sebagai tapak untuk mengadakan acara komuniti; dan
  • usaha menggalakkan penjaja berniaga menggunakan kenderaan dengan reka bentuk khas (mobile units).
 
Pelaksanaan PAKAR dijangkakan akan dapat menyumbang kepada PNK sejumlah RM3.52 billion dan mewujudkan sebanyak 56,400 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Projek ini telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mulai tahun 2012.

Pegawai yang boleh dihubungi:

Nama  No.Telefon No.Faks Emel
 Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli 03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
 
EPP 4 : PEMODENAN BENGKEL AUTOMOTIF (ATOM)

ATOM adalah inisiatif untuk memoden dan mentransformasikan sektor perkhidmatan dan pembaikan bengkel kenderaan bermotor yang bertaburan dan tidak tersusun.

Pendaftaran kenderaan semakin meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan peningkatan populasi, tenaga kerja dan pembangunan bandar. Peluang-peluang ini

boleh diterokai oleh sektor perkhidmatan dan pembaikan automotif yang kini memberikan perkhidmatan kepada 1.8 juta kenderaan berdaftar. Dengan menaik taraf standard sektor, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik manakala juruteknik boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi

Pelaksanaan

Menggalakkan integriti dalam sektor perkhidmatan dan pembaikan automotif melalui konsep 4M (Man,Method,Machine,Material) iaitu:

  • Modal Insan (Man) Kemahiran tenaga kerja akan dikesan melalui tahap latihan yang pernah dihadiri;
  • Kaedah (Method)  Keperluan Manual Prosedur Kerja dan Standard Operasi dan asas-asas pengurusan bengkel    dan kepakaran teknikal sebagai rujukan;
  • Mesin (Machine)  Jenis mesin dan perkakasan serta tahap teknologi yang digunakan dalam bengkel; dan
  • Kompenen bahan/barangan (Material)  Komponen kenderaan tulen dan standard kualiti pembaikan alatan ganti untuk pelanggan.
   
Pegawai yang boleh dihubungi:

Nama  No.Telefon  No.Faks  Emel
 Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo[at]kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
   
Muat Turun:

EPP 5 : MAKAN BAZAR

Malaysia, sebagai sebuah negara berbilang kaum adalah merupakan destinasi yang dikenali kaya dengan pelbagai jenis makanan.

Pada masa kini, kebanyakan daripada ‘premium food court’ dan ‘ restoran mewah’ terletak di pusat membeli-belah maka projek Makan Bazaar diperkenalkan dengan konsep yang berikut:

  • menghimpunkan pengusaha makanan dan minuman tempatan dan antarabangsa di bawah satu bumbung;
  • memperkenalkan piawaian baru dan reka bentuk medan selera yang memudahkan kerja-kerja pengurusan dan pembersihan; dan
  • sokongan dari kerajaan persekutuan dan negeri untuk mengenal pasti lokasi-lokasi strategik untuk pembangunan projek.
 
Pelaksanaan Makan Bazaar dijangka akan dapat menyumbang kepada PNK sebanyak RM0.2 bilion dan mewujudkan sebanyak 4,205 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Pegawai yang boleh dihubungi:

Nama  No.Telefon No.Faks  Emel
 Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
       
EPP 6 : GEDUNG 1MALAYSIA

Semenjak 30 tahun yang lepas, industri membeli-belah Malaysia telah berkembang dengan pesat, daripada pewujudan gerai-gerai di jalanan sehinggalah ke pusat membeli-belah berformat besar yang setaraf dengan gedung-gedung antarabangsa. Kebanyakan pusat membeli-belah ini telah dibangunkan oleh rakyat Malaysia yang mana kebanyakan peniaga menjual produk atau perkhidmatan berjenama tempatan. Oleh yang demikian, syarikat tempatan telah bersedia untuk mengembangkan kepakaran menguruskan pusat membeli-belah di luar negara dan menjadi platform kepada pengusaha tempatan untuk mengembangkan perniagaan di luar Malaysia. Projek ini dikenali sebagai Gedung 1Malaysia.

Pelaksanaan Gedung 1Malaysia dijangka akan dapat menyumbang kepada PNK sebanyak RM2.2 billion dan mewujudkan sebanyak 3,777 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Pegawai yang boleh dihubungi:

Nama  No.Telefon No.Faks Emel
 Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
EPP 7 : GEDUNG MAYA

Inisiatif Gedung Maya merupakan kerjasama awam dan swasta bagi menyediakan satu platform melalui internet kepada peruncit-peruncit dan pengusaha berskala kecil dan sederhana (IKS) . Tujuan projek ini adalah untuk membantu memperluaskan peluang pemasaran produk-produk IKS ke seluruh Malaysia. Platform maya ini akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dari segi produk, perkhidmatan pelanggan dan harga.

Pelaksanaan

Pelaksanaannya dijangka dapat menyumbang sebanyak RM0.83 bilion kepada PNK menjelang tahun 2020.

Syarikat Doorstep Retails Sdn Bhd dan Burj Asia Corporation Sdn Bhd telah dilantik sebagai peneraju EPP ini.

Pegawai yang boleh dihubungi:

Nama  No.Telefon No.Faks Emel
Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
EPP 8 : PENGAMBILAN JENAMA ASING

Initiatif ini merupakan kerjasama awam dan swasta untuk menggalakkan pelabur tempatan membeli ekuiti asing.

Pelaksanaan

Pelaksanaannya pengambilalihan jenama asing akan dapat menyumbang kepada PNK sebanyak RM1.0 billion pada tahun 2020.

Pegawai yang boleh dihubungi:

 Nama  No.Telefon No.Faks Emel
 Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
EPP 9 : BEBAS CUKAI MALAYSIA

YAB Perdana Menteri ketika membentangkan bajet 2011 telah mengumumkan pemansuhan cukai import ke atas 328 jenis barangan pilihan pengguna terutamanya pelancong.

Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan harga barangan berjenama di Malaysia lebih kompetitif berbanding dengan negara serantau. KPDNKK dengan kerjasama Kementerian Pelancongan sedang mempromosikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah bebas cukai.

Pelaksanaannya akan dapat menyumbang sebanyak (RM3.3 billion)kepada PNK dan mewujudkan sebanyak 31,100 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Pegawai yang boleh dihubungi:

 Nama  No.Telefon No.Faks Emel
 Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
EPP 10 : RESORT SEJAHTERA

Resort Sejahtera merupakan integrasi pusat peranginan yang menyediakan perkhidmatan rawatan seperti anti-penuaan, estetik dan rawatan regeneratif menyeluruh sebagai suatu bentuk "retail therapy". Jenis perniagaan ini telah pun dilaksanakan di Korea Selatan, Singapura dan Thailand.

Pelaksanaan kerjasama awam dan swasta ini akan meningkatkan industri pelancongan perubatan negara dengan menarik minat pelancong dan penduduk tempatan.

Pelaksanaan resort sejahtera dijangka akan dapat menyumbang sebanyak RM2.7 billion kepada PNK dan mewujudkan sebanyak 21,545 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Pada bulan Januari 2011, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan syarikat Country Heights Holdings Berhad yang membangunkan Mines Wellness City di Seri Kembangan Selangor sebagai salah satu peneraju bagi projek ini. Mines Wellness City melibatkan pembangunan di kawasan seluas 803.9 ekar tanah dengan nilai pelaburan sebanyak RM 3.2. billion dan PNK sebanyak RM 5 Bilion. Kerajaan sedang dalam proses mengenalpasti lebih banyak syarikat untuk menjadi peneraju EPP ini.

Pegawai yang boleh dihubungi:

 Nama  No.Telefon No.Faks  Emel
 Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
EPP 11 : JUALAN BERSEPADU 1MALAYSIA

Malaysia telah menganjurkan jualan murah seluruh negara sepanjang 10 tahun yang lepas dan kemudiannya berubah kepada ‘Mega Sales Carnival', ‘GP Sales' dan ‘Year End Sales'. Aktiviti ini telah membawa banyak manfaat kepada sektor peruncitan. Oleh itu, ianya telah diperluas dan dipertingkatkan kepada semua sektor ekonomi melalui jualan bersepadu yang dilaksanakan ke seluruh negara. Maka Jualan Bersepadu 1Malaysia telah diwujudkan bagi menarik perhatian pelancong dan warga tempatan untuk membeli-belah di Malaysia..

Pegawai yang boleh dihubungi:

 Nama No.Telefon  No.Faks Emel
 Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
EPP 12 : HUB RUNCIT KLIA

Membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1), KLIA2 dan Bandar Aeropolis KLIA sebagai satu destinasi membeli-belah yang baru

Pegawai yang boleh dihubungi:

Nama No.Telefon No.Faks  Emel
 Puan Afeef Qairiawanie Binti Kamaruddin  03-8882 6934  03-88826227  dmo@kpdnkk.gov.my
 Puan Intan Shahirah Binti Ramli  03-8882 6949
 Puan Ayda Fadlullah Binti Abd. Malek  03-8882 6974
 Puan Siti Zaleha Binti Azilani  03-8882 6950
 Encik Azizul Ariff Bin Azizan  03-8882 6896
 Puan Siti Nur Izatie Binti Ab Razak  03-8882 6228
EPP 13 : BIG BOX BOULEVARD (BBB)

Big Box Boulevard merupakan penggabungan beberapa gedung peruncitan besar di satu-satu kawasan yang menyediakan pelbagai pilihan barangan perkhidmatan. Pelaksanaannya dijangka akan menyumbang sebanyak RM 1.2 bilion(kepada PNK dan mewujudkan sebanyak 9,600 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Jumlah Pelawat