PELAJAR KTAC LAWAT KPDNKK

0

only Available in bahasa malaysia

Putrajaya, 11 September 2017- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menerima lawatan seramai kira-kira 42 orang pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal daripada Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Kuala Lumpur. Lawatan ini diketuai oleh Puan Nik Rosatiqah Azeeren Bt. Nik Mohd Rosli selaku Ketua Program.

Tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan pelajar tentang peranan Kerajaan dalam mengawal kepentingan pengguna dari segi penggubalan akta, penguatkuasaan dan pengawalan serta hak pengguna. Lawatan ini antara lain bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan para pelajar bagi subjek gelagat pengguna Islam.

Antara penceramah yang hadir memberi taklimat adalah Encik Nor Ismail Bin Nordin, Bahagian Gerakan Kepenggunaan, Tuan Mohd Farizul Bin Hassan Bakri, Bahagian Undang-Undang dan Encik Shariz Admal Bin Adnan, Bahagian Penguatkuasa.

Anda mungkin juga berminat Lagi daripada pengarang

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

twelve − 6 =


Jumlah Pelawat