Pembangunan Industri Jualan Langsung

Pengenalan

“Jualan Langsung” ertinya jualan pintu ke pintu, jualan pesanan pos dan jualan melalui transaksi elektronik mengikut pengertian Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993 ini ATAU perkhidmatan yang dijalankan dengan cara berikut:

  1. Jualan barang ATAU perkhidmatan dengan cara;
    1. pergi dari satu tempat ke satu tempat selain suatu tempat perniagaan yang tetap; atau
    2. membuat panggilan telefon.
  2. Mencari orang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi barang atau perkhidmatan; dan
  3. Kemudian membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan tujuan mewujudkan kontrak pembelian.

Jenis Pelan Pemasaran Perniagaan Jualan Langsung

Terdapat tiga jenis pelan pemasaran di bawah perniagaan jualan langsung iaitu:

  1. Berbilang Tingkat (Multi Level Marketing Plan)
    1. Syarikat akan mengambil/melantik individu sebagai ahli/pengedar untuk mengedar barangan syarikat;
    2. Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli/pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
    3. Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen/ bonus / insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus).
  2. Satu Tingkat (Single Level Marketing Plan)
    1. Syarikat akan melantik wakil jualan / ejen jualan dan membayar gaji / komisen /gabungan gaji dan komisen alas jumlah jualan yang dibuat; dan
    2. Wakil jualan / ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik / menaja wakil jualan/ejen jualan lain
  3. Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order) Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos atau apa-apa kaedah penghantaran yang lain termasuk secara elektronik.

Jumlah Pelawat