Pengemukaan Laporan Tahunan Perniagaan Francais (LTPF)

Di bawah Akta Francais 1998, francaisor atau francaisi induk yang berdaftar di bawah Seksyen 6, Akta Francais 1998 adalah WAJIB mengemukakan Laporan Tahunan Perniagaan dengan melengkapkan Borang BAF 6 dalam masa 180 hari dari tarikh tahun kewangan berakhir. Di bawah Seksyen 6, 6(A) dan 6(B), mana-mana orang yang gagal mengemukakan Laporan Tahunan Perniagaan kepada Pendaftar Francais, KPDNKK adalah melakukan suatu kesalahan.

Antara maklumat yang diperlukan dalam Borang BAF 6 adalah sebagaimana berikut:

  1. Bilangan/nama/alamat/outlet francais berikut:
    • Outlet kepunyaan syarikat;
    • Outlet kepunyaan francaisi di dalam negara; dan
    • Outlet kepunyaan francaisi di luar negara.
  2. Pulangan tahunan;
  3. Dokumen penzahiran terkini; dan
  4. Penyata kewangan teraudit terkini

Jumlah Pelawat