Pengenalan Pembangunan Penjaja

PENGENALAN BAHAGIAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

Bahagian Penjaja dan Peniaga Kecil berperanan untuk merancang, merangka dan melaksanakan program pengukuhan penjaja dan peniaga kecil/ usahawan mikro bagi mewujudkan masyarakat usahawan yang mantap dari segi ekonomi dan sosial.  Selain itu, Bahagian ini juga turut melaksanakan program pembangunan modal insan usahawan mikro seperti Program Transformasi Minda dan program latihan 1Malaysia Micro Entrepreneur (1MME) bagi membantu mentransformasikan perniagaan dan minda usahawan mikro.

Bagi melahirkan penjaja dan peniaga kecil yang berdaya saing, Bahagian ini turut membantu menjadikan masyarakat peniaga dan penjaja kecil yang lebih bertanggungjawab dan beretika dalam perniagaan melalui Program Transformasi Minda.


Jumlah Pelawat