PENGUATKUASA KPDNKK DI MALAYSIA HARI INI

0

PETALING JAYA, 29 MEI 2017 – Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Selangor, Mohd. Rossik Yaakob hari ini berpeluang ditemu bual secara langsung bagi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3.
Beliau yang mengantikan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Dato’ Roslan Mahayudin ditemu bual selama lima minit tentang penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan (SKHBR) 2017 yang bermula 22 Mei lalu dan dijangka berakhir pada 31 Mei ini.
Katanya, sepanjang pemantauan pihaknya, sebanyak enam kes dikesan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011. Beliau memberi amaran kepada peniaga supaya mematuhi pelaksanaan skim ini yang masih berkuat kuasa sehingga 31 Mei nanti walaupun masih ada peniaga yang memberikan alasan tidak sedar akan pelaksanaan SKHBR 2017 yang pertama kali diperkenalkan mulai tahun ini.
Pihaknya menyarankan agar pengguna melaporkan kegiatan mana-mana peniaga yang ingkar dengan pematuhan skim ini dengan menggunakan saluran aduan yang disediakan KPDNKK bagi membolehkan tindakan tegas diambil ke atas mereka yang ingkar.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama

Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × five =


Jumlah Pelawat