Penguatkuasaan Barang-barang Diperbuat Daripada Kulit Babi atau Anjing

(Barang-Barang Diperbuat daripada Mana-Mana Bahagian Babi atau Anjing) 2013

Semua barang-barang yang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing yang dipamerkan untuk jualan atau sebagai sampel barang-barang untuk jualan hendaklah:-

  • Mempamerkan barang-barang itu di tempat yang berasingan daripada barang-barang lain di dalam premis perniagaan mereka.
  • Ditandakan dengan ungkapan “Diperbuat daripada Babi” atau “Diperbuat daripada Anjing” atau “apa-apa ungkapan membawa kesan/maksud yang sama” dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat oleh mana-mana orang yang berniat untuk membeli barang itu.
  • Ungkapan tersebut hendaklah :-
    1. Dalam bahasa kebangsaan atau  yang diikuti dengan terjemahan dalam mana-mana bahasa lain.
    2. Dengan ketinggian huruf tidak kurang daripada 10mm.
  • Mana-mana orang yang menyalahi Perintah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Manakala penalti untuk pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga RM250,000.00.

Jumlah Pelawat