Penguatkuasaan Label Cakera Optik

Permohonan Label Cakera Optik

A. Kategori Pemohon

  1. Tuan punya kandungan; atau.
  2. Mana-mana orang yang diberi kebenaran secara bertulis oleh tuan punya kandungan.

B. Cara Memohon

1.Permohonan perlu dibuat dengan menggunakan Borang ODL-1. Borang adalah PERCUMA dan boleh diperolehi dari:-

  • Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, No 13, Aras 3, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya;atau
  • Pejabat-pejabat PDNKK negeri dan daerah di seluruh negara; atau
  • Muat turun dari laman sesawang www.kpdnkk.gov.my

2.Setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan berikut:-

  1. Akuan berkanun diperakui oleh hakim, majistret atau Pesuruhjaya Sumpah;
  2. Dokumen pemilikan hak yang berkaitan seperti surat kebenaran atau perjanjian. Salinan perlu diakui sah oleh hakim, majistret atau pesuruhjaya sumpah;
  3.  Bukti penempahan atau pembelian cakera optik mengandungi tajuk yang dipohon;
  4. Contoh pembalut; dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan:-
    • Salinan sijil pendaftaran perniagaan atau syarikat atau persatuan
    • Salinan kad pengenalan bagi permohonan individu
    • Kelulusan Kementerian Dalam Negeri seperti perakuan A bagi filem, kelulusan tapisan Al-Quran dan mematuhi Garis Panduan yang dikeluarkan

3.Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Putrajaya atau ke Pejabat PDNKK di negeri dan daerah.

C. Penyelenggaraan Rekod

Tiap-tiap orang yang diberikan kelulusan untuk mendapatkan label cakera optik hendaklah menyimpan dan menyelenggara sesuatu rekod yang sewajarnya tentang penggunaan label cakera optik dan maklumat lain dalam Borang ODL-3 dalam Jadual Keempat dan rekod itu hendaklah:

  1. Tersedia pada setiap masa bagi pemeriksaan oleh Pengawal.
  2. Dikemasini dan dalam keadaan baik dan teratur.
  3. Dikemukakan apabila diminta oleh Pengawal.

D. Kelulusan

  • Permohonan yang lengkap akan diproses dan diluluskan dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan
  • Pengawal boleh meluluskan atau menolak permohonan untuk mendapatkan label cakera optik
  • Dalam memberikan kelulusan, Pengawal boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan perlu

E. Bayaran

  1. Bank Draf
  2. Kiriman Wang
  3. Wang Pos
    • Harga Label Cakera Optik adalah RM 0.163 se unit.
    • Pembayaran boleh dibuat atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan dalam bentuk

F. Waktu Urusniaga

 

 HARI

 

 PENGHANTARAN PERMOHONAN

  PENGELUARAN DAN PEMBAYARAN

 ISNIN – KHAMIS

 

7.30 a.m – 5.30 p.m

 

 8.00 a.m – 1.00 p.m

 2.00 p.m – 4.30 p.m

 JUMAAT

7.30 a.m – 5.30 p.m

 8.00 a.m – 12.15 p.m

 2.45 p.m – 4.30 p.m

Hubungi kami :

Bahagian Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Putrajaya

Telefon : 03-88825500 / 03-88826157 / 03 – 88826279
Faksimili : 03-88826307
E mel : lco@kpdnkk.gov.myAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 


Jumlah Pelawat