Penguatkuasaan Timbang dan Sukat

Akta Timbang dan Sukat 1972

Objektif akta ini adalah untuk mengawal selia timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan:

  • Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan menepati rekabentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat.
  • Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan ditentusahkan.
  • Mengawal selia lesen yang dikeluarkan kepada pembuat, pembaik dan penjual alat-alat timbang dan sukat.
  • Mengawal selia syarikat berlesen untuk menjalankan perkhidmatan penentusahan alat-alat timbang dan sukat.

Jumlah Pelawat