Pengurusan Perlesenan

KEBENARAN DI BAWAH AKTA KEMAJUAN PETROLEUM (PDA) 1974

Pengenalan
Mengikut Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Peraturan 3A (2) Peraturan Kemajuan Petroleum 1974 telah memperuntukkan “Permohonan bagi kebenaran untuk memulakan atau meneruskan apa-apa jua urusan memasarkan atau mengedarkan petroleum atau keluaran petroleum di bawah seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974 hendaklah dibuat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan”.
KPDNKK mengawal selia aktiviti pemasaran dan pengedaran bahan-bahan petroleum atau bahan keluaran petroleum ini melalui empat (4) jenis Kebenaran PDA yang dikeluarkan berdasarkan aktiviti berikut:

  1. Pengusahaan stesen minyak/skid tank/mengambil alih stesen minyak/portable container system (PDA 1)
  2. Menjalankan perkhidmatan bunkering (PDA 2)
  3. Menjalankan perkhidmatan pengangkutan bahan-bahan petroleum (PDA 3)
  4. Memasar borong bahan-bahan berasaskan petroleum/LPG (PDA 4)

Cara Memohon

Permohonan untuk Kebenaran PDA boleh dibuat dengan menggunakan borang-borang sepertimana pautan seperti berikut:

BIL NAMA BORANG/DOKUMEN MUAT TURUN PDF MUAT TURUN WORD
1
Garis Panduan Permohonan Kebenaran PDA pdf_iocn
2
Surat Makluman Pemakaian Borang Baru pdf_iocn
  3  Garis Panduan Pengisian BLESS pdf_iocn
4
Borang  KPDN/PDA/KOMERSIL
Digunakan untuk permohonan :

  • Menjalankan perkhidmatan bunkering
  • Menjalankan perkhidmatan pengangkutan bahan-bahan petroleum
  • Memasar borang bahan-bahan petroleum
pdf_iocn
5
Borang  KPDN/PDA/ BORANG KPDN/PDA1/PDA(1A)/CSA RUNCIT KOMPOSIT
Digunakan untuk permohonan:

  • Mengusahakan stesen minyak /Portable Container System(PCS)
  • Mengambil alih stesen minyak
 pdf_iocn
6
Borang PDA 5
Digunakan bagi permohonan:

  • Menukar alamat/nama perniagaan/status perniagaan/rakan kongsi/pembekal/menambah pemasaran bahan-bahan petroleum bagi pemegang lesen PDA sedia ada
pdf_iocn
7
Borang PDA (DN V.2016)  
Digunakan bagi Pembaharuan:

  • Mengusahakan stesen minyak/skid tank/floating barge
  • Menjalankan perkhidmatan bunkering
  • Menjalankan perkhidmatan pengangkutan bahan-bahan petroleum
  • Memasar borang bahan-bahan petroleum
pdf_iocn

Pertanyaan

Pertanyaan lanjut berkaitan dengan permohonan Kebenaran PDA atau aktiviti-aktiviti pengedaran dan pemasaran barangan petroleum hendaklah dikemukakan kepada :

Cawangan Petroleum dan Gas
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri,
Aras 4 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan,
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,Malaysia.

No. Telefon : 03-8882 5500


Jumlah Pelawat