PERKASA FRIENDS OF KPDNKK

0

only Available in bahasa malaysia

PUTRAJAYA, 20 JUN 2017 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkasa Friends Of KPDNKK (FOK) bagi terus melindungi hak dan kepentingan pengguna. Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya akan menjadikan FOK sebagai satu badan bukan kerajaan (NGO) supaya mereka dapat merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk ahlinya di seluruh negara. “Kita telah melantik Pegawai-pegawai Penyelaras Parlimen (PPP) dan skop serta tanggungjawab mereka telah diperincikan supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan untuk menambah jumlah keahlian dan melindungi hak-hak pengguna. Surat pelantikan akan dikeluarkan dalam masa terdekat supaya PPP ini dapat mengisi jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat daerah, negeri mahupun di peringkat pusat. “Saya difahamkan peniaga mula sedar akan kewujudan serta peranan yang boleh dimainkan FOK bagi membendung kegiatan peniaga-peniaga yang tidak beretika dari terus merampas hak dan kepentingan pengguna,” ujarnya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan KPDNKK di Dewan Serbaguna KPDNKK di sini petang tadi. Katanya, usaha dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai pengguna menyertai FOK supaya suara dan aduan mereka dapat didengari pihak atasan. Untuk rekod, KPDNKK menyasar untuk mendaftar seramai 800,000 ahli menjelang akhir tahun ini menerusi pelbagai pendekatan dan lokasi.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda mungkin juga berminat Lagi daripada pengarang

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

4 × five =


Jumlah Pelawat