Pengenalan Program Pembangunan Produk PKS

Program Pembangunan Produk PKS bertujuan untuk membangunkan produk usahawan PKS bagi membantu syarikat meningkatkan keupayaan untuk bersaing dengan produk-produk luar negara serta meningkatkan hasil jualan kesan dari pembungkusan yang lebih menarik dan trending. Melalui program ini, Kementerian akan mengenalpasti produk-produk yang mempunyai potensi untuk disenarai tetap di pasar raya besar tetapi tidak memenuhi standard yang ditetapkan oleh pasar raya besar.

Kriteria pemilihan produk adalah berdasarkan kepada beberapa perkara antaranya produk baru yang berpotensi untuk dipasarkan tetapi belum mempunyai jenama, pembungkusan dan pelabelan seperti yang ditetapkan oleh pihak pasar raya dan produk sedia ada di dalam pasaran tetapi tidak dapat bersaing dengan produk lain.

Peruntukan bagi program ini dilaksanakan secara “cost-sharing budget”. Kos yang diperuntukkan adalah tertakluk kepada anggaran perbelanjaan yang diperlukan mengikut keperluan setiap produk untuk dibangunkan dengan nisbah berikut:

  • KPDNKK : 70%
  • PKS : 30%
SEBELUM SELEPAS
 PKS-sebelum1  PKS-selepas1
 PKS-sebelum2  PKS-selepas2
 PKS-sebelum3  PKS-selepas3

Jumlah Pelawat