Latar Belakang

Latar Belakang


Penubuhan Kementerian

  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
     
  • Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
     
  • Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi. 

Fungsi KPDNKK

KPDNKK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.

Bidang Tugas Kementerian:

Perdagangan Dalam Negeri

  •     Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
  •     Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu;
  •     Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
  •     Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
  •     Melesenkan urusniaga jualan langsung;
  •     Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
  •     Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
  •     Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik; dan
  •     Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek.


Kepenggunaan

  •     Melaksanakan program pendidikan pengguna;
  •     Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan
  •     Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.

Definisi Logo Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan;

 GAMBAR

 Berbentuk empat segi dengan dasar warna dalamnya adalah biru dan mempunyai 3 lambang iaitu : K, P(besar) dan P(kecil)

 EMPAT SEGI

 Membawa simbol pembangunan

 WARNA BIRU

 Melambangkan suasana perdagangan dalam negeri yang mengalakkan simbol harmoni

 WARNA PUTIH

 Melambangkan Kementerian dan berwarna putih kerana mencerminkan Jabatan Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah

 HURUF 'P'

 P besar melambangkan perdagangan

 HURUF 'P'

 P kecil melambangkan pengguna

 

 Kedua-dua tersebut berwarna emas kerana melambangkan sesuatu nilai

Paparan : 86158
Dikemas kini pada : 05 Julai 2012