PROGRAM JOM SIHAT ISI SLOT SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA

PUTRAJAYA, 6 APRIL 2017 – Program “Jom Sihat” mengisi slot sambutan Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ke-45 dengan menyediakan pelbagai aktiviti berbentuk kesihatan.

Program yang berlangsung hari ini bermula dari seawal jam 8.00 pagi berkahir jam 5.00 petang berjaya menarik penyertaan warga kementerian ini dalam aktiviti – aktiviti yang disediakan.

Selain pameran serta jualan produk-produk kesihatan dan kecergasan, Kementerian Kesihatan turut menyumbang aktiviti derma darah, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi serta ceramah mengenai pemakanan seimbang.

Menurut jurucakap penganjur, program tahunan ini berjaya menarik kira-kira 500 warga KPDNKK untuk mengambil bahagian. Selain itu, perkhidmatan urutan tapak kaki dari Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan mendapat sambutan baik dari pengunjung. Dengan bayaran serendah RM 10, pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan urutan yang disediakan.

Katanya, beberapa program lain disusun sempena sambutan kali ini. Antaranya, pertandingan boling, futsal, majlis tahlil dan ceramah agama serta majlis makan malam. Perbarisan kawalan kehormatan akan diadakan di Maktab Penjara Kajang yang disempurnakan Menteri KPDNKK pada 18 April nanti menjadi kemuncak sambutan kali ke-45 ini yang bertemakan “ Menjunjung Aspirasi Negara”.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat