Program Pembangunan Produk Francais Tempatan (PPFT)

Pengenalan

Program Pembangunan Francais (PPF) adalah satu program pemasaran berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah berbanding memulakan perniagaan sendiri.

Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran perundingan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Skop pembangunan produk

Permohonan pembangunan produk boleh dipertimbangkan sekiranya ia menerusi kaedah berikut:

  • Daripada asal atau scratch
  • Perniagaan yang berpotensi difrancaiskan
  • Produk sedia ada untuk conversion ke produk francais
  • Usahasama antara PNS dan para pengusaha perniagaan yang berpotensi difrancaiskan

Tempoh masa dan fasa pembangunan produk

Tempoh masa untuk memfrancaiskan perniagaan adalah lebih kurang 7-10 bulan. Fasa-fasa pembangunan adalah seperti berikut:

  • Penyediaan kertas cadangan untuk memfrancaiskan perniagaan (screening)
  • Penyediaan konsep francais
  • Penyelidikan prototaip outlet
  • Pembangunan pakej francais
  • Pendaftaran sebagai francaisor
  • Pewujudan francaisi

Jumlah Pelawat