PROGRAM RIANG RIA CUTI SEKOLAH

0

only Available in bahasa malaysia

Putrajaya, 29 Ogos 2017- Pengerusi Puspanita, Ybhg Datin Sri Dr. Asmah hari ini menghadirkan diri ke Program Riang Ria Cuti Sekolah anjuran perpustakaan dengan kerjasama Puspanita KPDNKK bertempat di ruang bacaan perpustakaan KPDNKK. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti bermanfaat semasa cuti sekolah. Selain itu, ianya dapat memupuk minat membaca serta merangsang keyakinan untuk berkomunisasi.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pertandingan mewarna, mari bercerita serta nyanyian dan pergerakan aktif.

Perpustakaan bercadang untuk menyediakan lebih banyak lagi program galakan membaca, sebagai contoh bengkel Speed Reading, Pertandingan Bercerita dan sebagainya.

Turut hadir ke program tersebut adalah KSU KPDNKK, Dato’ Seri¬†Jamil Salleh, Pengerusi Kecil Puspanita SKM, Ybhg Datin Siti Khatijah, serta Wakil Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Puan Shamsul Kamariah.

Anda mungkin juga berminat Lagi daripada pengarang

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

five × 5 =


Jumlah Pelawat