PUSPANITA ANJUR PROGRAM CUTI SEKOLAH

0

only Available in bahasa malaysia

PUTRAJAYA, 29 OGOS 2017-  Puspanita Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Biro Pendidikan Dan Pengetahuan hari ini mengadakan Program Riang Ria Cuti Sekolah bagi anak-anak  warga kementerian ini.

Program sehari itu diadakan dengan kerjasama Pusat Sumber dan Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan KPDNKK. Penceramah jemputan daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia , Shamsul Kamariah Hamzah berjaya menambat hati kira-kira 60 peserta dengan nyanyian, bercerita serta permainan interaktif yang disediakan pada program ini.

Peserta kemudian dibahagikan kepada empat kumpulan melibatkan peserta  berumur 7 hingga 12 tahun untuk  pertandingan mewarna.

Menurut Pengerusi Puspanita Cawangan KPDNKK, Datin Sri Dr. Asmah Samat, pihaknya akan mengadakan pelbagai program di waktu cuti sekolah bagi mengisi masa lapang dan pendedahan kepada anak-anak tersebut.

Katanya, hasil maklum balas ibubapa mengenai program ini, kebanyakannya mahu tempoh masa program di tambah bagi membolehkan lebih banyak pengisian dapat disusun bagi faedah anak-anak ini.

Hadir sama, Pengerusi Biro Pendidikan Dan Pengetahuan Awam Puspanita KPDNKK, Datin Siti Khadijah Abd. Aziz,Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan KPDNKK, Shamshuzaman Haji Sulaiman dan Ahli-ahli Jawatan Induk Puspanita kementerian ini.

Datin Sri Dr. Asmah kemudian menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda mungkin juga berminat Lagi daripada pengarang

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

fifteen + 7 =


Jumlah Pelawat