Skim Pembiayaan Francais (SPF)

Adakah anda berminat untuk menceburi diri dalam perniagaan francais tetapi kekurangan modal untuk meneruskan cita-cita anda?

Adakah anda memerlukan kemudahan kredit dan jaminan kredit bagi mengembang kanperniagaan francais anda?Kementerian KPDNKK dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah memperkenalkan SKIM PEMBIAYAAN FRANCAIS(SPF), khusus untuk membantu usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais. Melalui skim ini, para usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang mengambil bahagian dalam skim ini.

Bank-bank Perdagangan Yang Terlibat

  • CIMB Bank Berhad
  • Maybank Berhad

Modus Operandi

Peminjam hendaklah berdaftar dengan KPDNKK di bawah Program Pembangunan Francais. Setelah mendapat pengesahan dari KPDNKK, permohonan peminjam boleh dihantar ke Institusi Kewangan untuk penilaian dan kelulusan. Pihak CGC akan mengeluarkan surat Jaminan untuk permohonan yang lulus.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Perniagaan milik warganegara Malaysia atau yang dikawal oleh warganegara Malaysia
  • Perniagaan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak berkuasa tempatan
  • Nilai aset bersih atau dana pemegang saham tidak melebihi RM 1.5 juta
  • Jumlah pinjaman yang sedia ada tidak melebihi RM 7.5 juta
  • Peminjam hendaklah tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • Peminjam hendaklah terlibat secara lansung dan menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Mempunyai lokasi perniagaan yang khusus dan permit / lesen yang sah

Jumlah Pinjaman

  • Jumlah pinjaman maksimum adalah sebanyak RM 7.5 juta. Jumlah pinjaman yang akan diluluskan adalah bergantung kepada keperluan perniagaan berkenaan.

Kemudahan Kredit

  • Pembelian Aset
    • Pinjaman Berjangka
  • Modal Pusingan
    • Overdraf
    • Pembiayaan Perdagangan
  • Lain-lain kemudahan ditentukan oleh CGC dari semasa ke semasa

Kadar Faedah

  • Tidak melebihi LS % atas Kadar Pinjaman Asas (KPA) institusi pemberi pinjaman. Kos pembiayaan sebenar yang ditanggung oleh peminjam akan dikurangkan sebanyak 2%
  • 6% di mana KPDNKK, melalui CGC akan membayar perbezaan kadar faedah pinjaman tersebut.

Yuran Jaminan

Antara 0.5% hingga 1% setiap tahun Lindungan Jaminan Sehingga 80% bagi pinjaman tanpa cagaran dan 90% bagi pinjaman bercagar

Tempoh Pinjaman

  • Sehingga 8 tahun

Tempoh Pinjaman

Permohonan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan francais boleh dibuat dengan mengambil empat langkah berikut:

  • Francaisor/Francaisi Induk hendaklah berdaftar dengan Program Pembangunan Francais
  • Penuhi syarat-syarat yang ditetapkan clan permohonan anda akan ditapis untuk dihantar ke CGC clan institusi kewangan terbabit.
  • CGC dan institusi kewangan terlibat akan meneliti clan memproses permohonan
  • Pembiayaan akan dikeluarkan selepas Surat Jaminan CGC diterima oleh institusi kewangan.

Permohonan dihantar ke :

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Level 13-16 CGC Kelana Business Building
Centre 97,Jalan SS 7/2
47301 Petaling Jaya

Tel: 03-7880 0088
Fax: 03-7803 0077
Website www.iGuarantee.com.my


Jumlah Pelawat